Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Roox 2026 Baharu Diperkenal di Jepun, MPV Kei Car dengan Rupa Depan Garang!
Roda4

Nissan Roox 2026 Baharu Diperkenal di Jepun, MPV Kei Car dengan Rupa Depan Garang!

Abang HirataBy Abang Hirata25/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Roox 2026 Jepun

NISSAN memperkenalkan model Roox baharu di Jepun, yang juga di antara model terlaris dalam pasaran domestik negara itu.

Roox generasi keempat hadir dengan reka bentuk yang menarik sebagai sebuah MPV kecil yang garang (bayangan Elgrand baharu?), kabin yang dinaik taraf lebih luas dengan pelbagai teknologi bantuan pemandu termaju (ADAS), dan pemanduan lebih senyap dan cekap.

Dijual di Jepun Akhir 2025

Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun

Model itu dijadualkan mula dijual di Jepun akhir tahun ini pada harga bermula sekitar 1.6 juta yen (RM45,000).

Nissan Roox  2026 baharu ini dibangunkan untuk mengubah persepsi konvensional terhadap kei-car, dengan menawarkan ciri yang biasa terdapat pada segmen kenderaan lebih besar, tetapi pada nilai hebat.

Rekabentuk Usaha Sama Nissan, Mitsubishi

Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun

Nissan Roox 2026 baharu itu dirancang dan dibangunkan NMKV, iaitu usaha sama antara Nissan dan Mitsubishi Motors. Rekabentuk berasaskan konsep Roomy x Max dengan motif segi empat bulat yang melambangkan kelapangan dan karakter menarik.

Bahagian kabin direka dengan konsep Breeze untuk mewujudkan suasana santai seperti ruang tamu. Pilihan warna badan termasuk gabungan dwi-tona baharu yang mengambil ilham Karahafu (rekabentuk bumbung tradisional Jepun), dan warna baharu seperti Celadon Green (hijau), Cinnamon Latte (coklat), dan Seto Blue (biru), untuk keseluruhan 17 pilihan.

Ciri Utama Baharu

Nissan Roox 2026 Jepun

  • Unit infotainmen 12.3-inci bersepadu dan pertama dalam kategori kei car. Dilengkapi sistem NissanConnect dan Google built-in, yang menyokong Google Maps,Google Assistant, danGoogle Play. Pilihan perakam pemacu membolehkan perkhidmatan rakaman foto jauh untuk memantau kenderaan dari jauh.
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
  • Ruang kabin terluas dalam kelas, dengan panjang 2,315mm yang boleh memuatkan empat dewasa dengan selesa. Ruang lutut tempat duduk belakang juga terbaik dalam kelas untuk orang dewasa duduk dengan selesa dan kanak-kanak berdiri serta menukar pakaian apabila kenderaan tidak bergerak.
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
  • Ruang but memiliki panjang 675mm yang terbaik dalam kelas dan mampu memuatkan hingga empat beg pakaian 48 liter.
  • Pintu geluncur belakang mempunyai lebar bukaan 650mm, terbaik dalam kelas, dan dilengkapi hendal besar, mirip Serena untuk akses masuk dan keluar yang lancar.
  • Tempat duduk belakang boleh digeluncur hingga 320mm dan diakses mudah dari ruang kargo melalui tuil satu tindakan pada bahu kerusi.
Nissan Roox 2026 Jepun
  • Ruang simpanan dalaman dipertingkat dengan pelbagai ciri seperti pemegang cawan besar, laci tersembunyi, kotak geluncur di papan pemuka untuk telefon pintar dan dompet, serta kotak bertutup belakang meter.
  • Sistem keselamatan dan bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti:
    • Monitor Pandang Keliling Pintar (I-AVM): Dilengkapi ciri Pandangan Bonet Lut Sinar, Pandangan 3D, dan Pandangan Lebar Depan.
    • Brek Kecemasan Pintar (IEB): Mengesan pejalan kaki dan kenderaan dari arah bertentangan di simpang jalan.
    • Bantuan Titik Buta Pintar (BSI): Membantu mengelak perlanggaran dengan kenderaan yang berada di titik buta.
    • Amaran Titik Buta Pintar (BSW): Mengesan kenderaan yang menghampiri dari belakang.
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA): Memberikan amaran bunyi jika ada kenderaan melintas di belakang ketika mengundur.

  • Enjin dan penebat bunyi dipertingkat untuk mencapai kecekapan bahan api lebih baik dan persekitaran kabin lebih senyap. Ciri penebat bunyi seperti kepingan kalis bunyi dan bahan pengedap bunyi prestasi tinggi.
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
  • Rekabentuk kerusi menggunakan fabrik Melange yang lembut dan anjal. Tempat duduk belakang juga direka semula untuk mengagihkan tekanan badan lebih sekata dan dilengkapi material uretana ketumpatan tinggi untuk menyerap getaran lebih baik.

Nissan Roox 2026 baharu akan ditayangkan di Galeri Ibu Pejabat Global Nissan di Yokohama, Jepun pada 23 Ogos sebelum jualan bermula sekitar musim luruh ini (September-November).

Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Roox 2026 Jepun
Nissan Nissan Roox Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.