Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Rogue PHEV 2026 Diperkenal di AS, Kembar Mitsubishi Outlander
Roda4

Nissan Rogue PHEV 2026 Diperkenal di AS, Kembar Mitsubishi Outlander

Abang HirataBy Abang Hirata20/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Rogue 2026 lancar di Amerika Syarikat

BERBEZA pasaran lain, Nissan kini tiada trenkuasa hibrid di Amerika Syarikat (AS) kecuali beberapa model seperti Rogue, Murano dan Pathfinder Hybrid sebelum ni.

Apa yang aneh, Nissan menawarkannya di pasaran lain sedangkan AS ialah pasaran penting dan besar buat pengeluar itu. Tanpa hibrid, Nissan ketinggalan berbanding pesaing Jepun lain seperti Toyota dan Honda.

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

Namun kini tidak lagi apabila Nissan tampil memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) Nissan Rogue PHEV 2026 yang juga model PHEV pertama ditawarkan pengeluar itu di AS.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu direka bagi memenuhi keperluan famili moden dengan jarak elektrik sejauh 61km untuk urusan harian. Trenkuasa hibrid pula menawarkan jarak 676 km (mengikut ujian Agensi Perlindungan Alam Sekitar, EPA) dengan kuasa elektrik dan enjin petrol.

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

Terdahulu, jika anda mendakwa Rogue PHEV sama seperti sebuah lagi model Jepun, jawapannya betul kerana model itu dijenamakan daripada Mitsubishi Outlander yang juga ditawarkan di AS. Pengenalan Rogue PHEV adalah langkah penting dalam hala tuju elektrifikasi Nissan.

Model baharu itu akan ditawarkan dalam dua varian serba lengkap, SL dan Platinum dan dijangka tiba di pengedar Nissan AS awal 2026.

Trenkuasa, Keupayaan Pemanduan

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

Nissan Rogue PHEV 2026 baharu dikuasakan gabungan dwi-motor elektrik, pek bateri litium-ion 20kWj dan enjin petrol 2.4L. Secara spesifik, enjin petrol 4-silinder sebaris 2.4L (kod MMC 4B12) dengan output kuasa 131hp dan tork 195Nm.

Trenkuasa itu disokong dwi-motor elektrik, dengan motor depan menghasilkan kuasa 114hp dan tork 255Nm, manakala motor belakang berkuasa 134hp dan tork 195Nm.

Secara gabungan, output keseluruhan sistem Rogue PHEV ialah 248hp dan tork 450Nm, yang membolehkan pecutan lebih pantas berbanding Rogue standard. Kuasa dihantar melalui sistem Pacuan Semua Roda (AWD) pintar sebagai standard.

Kedua-dua motor menggunakan transmisi kotak gear pengurangan satu kelajuan, dengan transmisi depan boleh tukar mod pacuan.

Pengecasan, Ekonomi Bahan Api

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

Berikut maklumat mengenai pengecasan dan penjimatan dihasilkan Nissan Rogue PHEV 2026:

  • Jarak pemanduan elektrik: Anggaran 61km
  • Jarak pemanduan petrol dan elektrik: Anggaran 676km
  • Masa pengecasan (pengecas onboard 3.5kW): Tahap2: Anggaran 7.5 jam | 120V: Anggaran 16 jam
  • Penggunaan bahan api (gabungan petrol dan elektrik): 64MPGe (Miles Per Gallon equivalent), kira-kira 27.2km per liter
  • Penggunaan bahan api (gabungan petrol sahaja): 26mpg, kira-kira 9.05 liter per 100km atau 11.05km per liter

Sistem Pemanduan, Kawalan

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
  • Mod Pemanduan: EV, Save, atau Charge untuk mengimbangi penggunaan bateri atau enjin petrol
  • Selektor Mod Pacuan 7-Mod: Normal, Power, Eco, Tarmac, Gravel, Snow dan Mud
  • Brek Regeneratif: Dua tahap, termasuk fungsi pemanduan satu pedal e-Step
  • Bantuan Pemanduan Standard seperti Kawalan Had Gelincir (ABLS) 2-roda atau 4-roda, Bantuan Mula Daki (HSA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC)

Teknologi Dalaman, Konektiviti

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

Nissan Rogue PHEV 2026 dilengkapi pakej teknologi bersepadu seperti:

  • Unit infotainmen skrin sentuh 9 inci (standard) dengan konektiviti Apple CarPlay  wayarles dan Android Auto berwayar
  • Kluster instrumen 12.3 inci yang boleh dikonfigurasi semula (standard)
  • Paparan dongak (HUD) 10 inci (Platinum)
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
  • Sistem audio premium Bose dengan sembilan pembesar suara (Platinum)
  • Pengecas telefon wayarles standard
  • Ada empat port USB: dua port depan (satu USB Type-A, dan satu USB Type-C), dan dua port belakang (satu USB Type-A, dan satu USB Type-C)
  • Outlet kuasa (Platinum) 120V, 1,500W (satu di but, satu di penumpang belakang) untuk perkakas elektrik kecil

Rekabentuk, Gred

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

Rekabentuk Nissan Rogue PHEV 2026 mirip Outlander, kecuali rekaan gril tersendiri.

  • Luaran: Rim 20 inci gelap, penutup cermin hitam, kemasan luaran hitam dan lampu LED penuh
  • Dalaman: Material sentuhan lembut, kawalan fizikal mudah dioperasi, dan pedal syif elektrik
  • Ciri varian SL (standard): Kluster instrumen 12.3 inci, Unit infotainmen 9 inci, lampu kabus LED, kerusi depan kulit dan stereng kulit dengan pemanas.
  • Ciri varian Platinum (tambahan): Paparan dongak (HUD) 10 inci, sistem bunyi Bose sembilan pembesar suara, bumbung panoramik elektrik, tempat duduk belakang dengan pemanas, kerusi kulit, visor matahari pull-up pintu belakang, dua output kuasa 120V, stereng dengan pemanas dan rel bumbung hitam kilat

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

  • Nissan Rogue PHEV 2026 memiliki dimensi panjang  4,709mm, lebar (cermin dilipat) 1,915mm, dan tinggi 1,740mm, manakala jarak roda 2,705mm.
  • Jarak tinggi bumi 201mm
  • Berat kerb 2,120kg (SL), 2,155kg (Platinum)

Rekabentuk Dalaman, Ruang dan Fleksibiliti

Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat
Nissan Rogue PHEV 2026 lancar di Amerika Syarikat

Nissan Rogue PHEV 2026 direka untuk perjalanan jauh dan keluarga dengan menawarkan ruang fleksibel:

  • Ada tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan tujuh penumpang
  • Kerusi baris kedua boleh gelongsor, direbahkan, dan mudah dilipat ke depan untuk akses tempat duduk baris ketiga
  • Kapasiti but 362 liter, atau 872 liter (baris ketiga dilipat), 1,832 liter (baris kedua dilipat), atau memuatkan objek sepanjang 2,032mm panjang di belakang tempat duduk depan
  • Akses pintu belakang boleh dibuka pada sudut 70º. Pintu but elektrik menjadi ciri standard

Teknologi Keselamatan, Bantuan Pemandu

Nissan Rogue PHEV 2026 dilengkapi ciri keselamatan dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:

  • Ada 11 beg udara standard:
  • Dilengkapi Nissan Safety Shield® 360 (Standard) seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Titik Buta (BSW),dan Brek Kecemasan Automatik Belakang (RAEB)
  • Dilengkapi teknologi ADAS seperti Intelligent Around View® Monitor dengan Pengesan Objek Bergerak (standard), dan ProPILOT Assist 1.1 (standard) yang menyediakan bantuan stereng, brek dan sokongan pecutan.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Rogue Nissan Rogue PHEV Nissan Rogue PHEV 2026 Nissan Rogue Plug-in Hybrid Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#TahukahAnda: TailorFit Dari Nissan, Nampak dan Rasa Seperti Kulit Tetapi Bukan!

25/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.