Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Project Trailgater, Versi Ubah Suai Pikap Frontier, Lengkap Dengan TV 43 Inci!
Auto Terkini

Nissan Project Trailgater, Versi Ubah Suai Pikap Frontier, Lengkap Dengan TV 43 Inci!

Abang HirataBy Abang Hirata23/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TRAK pikap ibarat sebuah kanvas kosong yang boleh diubah suai dengan pelbagai gaya. Sama ada off-road dengan badan tinggi dan tayar tebal atau direndahkan mengikut konsep ‘street’.

Satu lagi dan semakin menarik perhatian ialah trak kamper. Ini pula projek dari Nissan Amerika Syarikat sendiri iaitu Nissan Project Trailgater yang diubah suai dari Frontier PRO-4X 2025.

Frontier digerakkan enjin 3.8 liter V6 yang menghasilkan 310 kuasa kuda (hp) dan 380.6Nm dan turut dilengkapi sistem henti melahu (Idle Stop/Start). Enjin dipadan bersama kotak gear automatik sembilan kelajuan.

Banyak ciri istimewa pada PRO-4X seperti diferensial pengunci elektronik, suspensi Bilstein dan pelbagai lagi.

Project Trailgater adalah one-off yang bermakna tidak ditawarkan kepada pelanggan. Menarik tentang projek ini ialah konsepnya iaitu untuk peminat sukan menonton perlawanan di kawasan luar dan boleh dilihat pada dua televisyen 43 inci dan soundbar pada rak NISMO di belakang.

Sumber kuasa pula dari panel solar boleh lipat dan pek bateri litium buatan khas. Menonton perlawanan sukan tidak lengkap tanpa kudapan dan pikap ini dilengkapi penyejuk, peti ais dan pemanggang.

Tidak hanya set audio dan visual, Frontier PRO-4X ditambah perkakasan untuk meredah laluan off-road dari NISMO seperti kit peninggi, lengan kawalan atas dan penyerap hentak berprestasi.

Rim Axis 17 inci dipadan bersama tayar Yokohama GEOLANDAR M/T. Enjin 3.8 liter V6 disambung pada sistem ekzos NISMO.

Ciri-ciri Nissan Project Trailgater:

Set suspensi NISMO Off Road

  • Kit peninggi.
  • Lengan kawalan atas tempa.
  • Penyerap hentak depan dan pegas gegelung.
  • Penyerap hentak belakang dengan tangki berasingan.

Roda

  • Rim NISMO Off Road Axis 17 inci.
  • Tayar Yokohama GEOLANDAR M/T G003 LT275/70R17

Ekzos

  • Sistem cat-back NISMO Off Road.

Aksesori dan rak NISMO Off Road

  • Rak bumbung dengan kit lampu 6 inci.
  • Kotak simpanan bumbung.
  • Lampu 4 inci pada cagak pillar-A.
  • Rak belakang dengan lampu kabus 4 inci jenis petak.
  • Dua televisyen 43 inci dengan soundbar.

Perkakasan kuasa

  • Panel solar boleh lipat One Dakota Lithium 180-watt.
  • Bank bateri Dakota Lithium dengan tiga bateri 320Ah.
  • Inverter One Dakota Lithium 1,500 watt.
  • Pengecas bateri Dakota Lithium 40A.
  • Monitor bateri dan pengawal pengecas solar Dakota Lithium.
  • Pengecas DC-DC 18-amp.
  • Stesen kuasa Dakota Lithium Powerbox 10 dan Powerbox 60.

Dalaman

  • Kerusi belakang ditanggalkan untuk memuatkan barangan tambahan.
  • Peti sejuk Dometic NRX 130C.

Kelengkapan kembara

  • Sistem laci DECKED dengan dek boleh keluar CargoGlide.
  • Pemanggang.
  • Penyejuk Dometic CFX3 75L.
  • Kantung simpanan Overland Gear Guy.
  • Bekalan pertolongan cemas Medical Points Abroad.
  • Stesen dapur dan sinki, pemegang cawan dan pemegang beg sampah SeaSucker.
  • Balang air Dometic GO Hydration 11L dengan kepala paip berkuasa.
  • Meja dan kerusi Dometic.
  • Tempat api Front Runner Outfitters.
Nissan nissan frontier Nissan Project Trailgater
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.