Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km

Abang HirataBy Abang Hirata30/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan LEAF Autech B5 2026

NISSAN menambah model baharu Nissan LEAF B5 2026 untuk pelanggan di Jepun. Model generasi ketiga yang kini berimej crossover itu dilengkapi bateri 55kWj sebagai pilihan yang lebih mampu milik dan praktikal untuk kegunaan harian.

Pembangunan Nissan LEAF generasi terbaharu itu adalah hasil pengumpulan data dan pengalaman Nissan selama 15 tahun sejak model pertama diperkenalkan pada 2010.

Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026

Sebelum ini, Nissan melancarkan LEAF B7 dengan bateri 78kWj pada Oktober tahun lalu yang menerima sambutan positif daripada pengguna kerana rekabentuk dan jarak pemanduan yang jauh.

Kehadiran varian B5 itu bertujuan melengkapkan lagi pilihan kepada pengguna yang mempunyai keperluan mobiliti berbeza.

Prestasi Jarak Gerak, Kecekapan Tenaga

Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026

Walaupun hadir dengan kapasiti bateri lebih kecil (55kWj), Nissan LEAF B5 tetap menawarkan prestasi yang kompetitif. Varian B5 S mampu mencatatkan jarak pemanduan sehingga 521km (WLTC) dengan kadar penggunaan tenaga sekitar 118Wj per km.

Varian B5 X dan B5 G pula memberikan jarak pemanduan sejauh 469km untuk sekalis cas penuh.

Bagi varian yang dilengkapi sistem bantuan pemanduan ProPilot 2.0, jarak pemanduan ialah 461km dengan kadar penggunaan tenaga 135Wj per km.

Model itu direka untuk memberikan keseimbangan antara pemanduan bertenaga, operasi yang senyap dan harga lebih mudah diakses.

Trenkuasa, Sistem Suspensi

Nissan LEAF logo

Nissan LEAF B5 menggunakan motor elektrik YM52, iaitu motor segerak arus ulang-alik. Sistem itu menghantar kuasa ke roda depan (2WD) dengan output responsif untuk sebuah crossover elektrik.

Sistem suspensi terdiri daripada strut independan di depan, manakala belakang menggunakan multilink untuk memastikan kestabilan dan keselesaan pemanduan optimum.

Nissan LEAF B5 Autech

Nissan LEAF B5 Autech 2026

Turut diumumkan adalah versi kustom premium Nissan LEAF Autech B5. Model itu dihasilkan Nissan Motorsports & Customizing Co Ltd (NMC) dengan mengekalkan konsep Premium Sporty.

Autech menampilkan sentuhan lebih eksklusif dengan penggunaan bahan bermutu tinggi dan kemasan yang lebih teliti.

Nissan LEAF Autech B5 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026

Ciri luaran Autech dibezakan pada skirt depan, sisi dan belakang dengan kemasan logam serta lampu signatur LED yang unik.

Ruang kabin pula menerima sentuhan kerusi Black Tailor Fit dengan sulaman logo Autech dan sulaman benang biru yang menjadi warna ikonik jenama tersebut.

Harga Jepun

Tempahan Nissan LEAF B5 dan varian Autech kini dibuka di semua pengedar Nissan di Jepun. Proses penghantaran kepada pelanggan pula dijangka bermula berperingkat pada Mac 2026.

Harga jualan Nissan LEAF B5 bermula 4,389,000 yen (RM112,840) untuk varian B5 S, dan 6,162,200 yen (RM158,430) untuk B5 Autech.

Spesifikasi Teknikal Nissan LEAF B5 mengikut Varian

i. Nissan LEAF B5 S

  • Jarak gerak cas penuh (WLTC): 521km
  • Kadar penggunaan tenaga: 118Wj per km
  • Berat: 1,750kg
  • Tinggi: 1,550mm
  • Saiz tayar: 215 / 55R18

ii. Nissan LEAF B5 X

  • Jarak gerak cas penuh (WLTC): 469km (461km dengan ProPilot 2.0)
  • Kadar penggunaan tenaga: 131Wj per km (135Wj per km dengan ProPilot 2.0)
  • Berat: 1,770kg
  • Tinggi: 1,550mm (1,565mm dengan ProPilot 2.0)
  • Saiz tayar: 215 / 55R18

iii. Nissan LEAF B5 G

  • Jarak gerak cas penuh (WLTC): 469km (461km dengan ProPilot 2.0)
  • Kadar penggunaan tenaga: 131Wj per km (135Wj per km dengan ProPilot 2.0)
  • Berat: 1,820kg
  • Tinggi: 1,550mm (1,565mm dengan ProPilot 2.0)
  • Saiz tayar: 235 / 45R19

iv. Nissan LEAF Autech B5

  • Berat: 1,820kg (berasaskan varian B5 G)
  • Tinggi: 1,55 mm (1,565mm dengan ProPilot 2.0)
  • Saiz tayar: 235 / 45R19
  • Data teknikal umum (semua varian)

Trenkuasa

  • Motor elektrik: YM52 (motor segerak arus ulang-alik)
  • Output 130kW (174 hp),ย  tork 345Nm
  • Kapasiti bateri: 55kWj

Dimensi

  • Nissan LEAF B5 2026 memiliki dimensi panjang 4,360mm, lebar 1,810mm, danย  jarak roda 2,690mm, manakala jarak tinggi bumi 135mm

Senarai Harga Mengikut Varian

  • Nissan LEAF B5 S (2WD) – 4,389,000 yen (RM112,840)
  • Nissan LEAF B5 X (2WD) – 4,738,800 yen (RM121,835)
  • Nissan LEAF B5 G (2WD) – 5,648,500 yen (RM145,220)
  • Nissan LEAF Autech B5 (2WD) – 6,162,200 yen (RM158,430)

Kredit gambar: Nissan

Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF B5 2026
Nissan LEAF B5 Autech 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Auto Terkini EV Kenderaan Elektrik (EV) Nissan Nissan LEAF Nissan LEAF B5 Nissan LEAF B5 2026 Nissan LEAF B5 Autech 2026 Nissan Motorsports & Customizing Co Ltd (NMC) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Anthony Loke Siew Fook
    Auto Terkini

    MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

    17/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.