Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Juke 2024 Warna Kuning Kembali, Enjin 3-Silinder Petrol 1.0L Turbo dan Hibrid 1.6L
Roda4

Nissan Juke 2024 Warna Kuning Kembali, Enjin 3-Silinder Petrol 1.0L Turbo dan Hibrid 1.6L

Abang HirataBy Abang Hirata06/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Juke
generasi pertama dikeluarkan pada 2010, sezaman era dengan GT-R. Juke direka dengan rekabentuk unik dan diteruskan pada generasi kedua yang diperkenal pada 2019.

Melihat dari jauh kita sudah dapat mengecam model tersebut ialah Juke yang mana model unik perlulah sepadan dengan warna terang.

Terbaharu Nissan memperkenalkan semula Juke dalam warna kuning untuk pengguna di Britain. Kuning tersebut berbeza berbanding model sebelum ini, tetapi kuning tetap kuning dan sangat sesuai untuk Juke.

Selain kuning, Nissan turut menambah varian baharu, iaitu Juke N-Sport yang berbeza luaran dan dalaman.

Nissan Juke 2024 tampil dengan rekabentuk baharu konsol tengah dan kluster instrumen, termasuk beberapa perubahan lain seperti material baharu, kemasan dan pemasangan dipertingkat.

Nissan Juke 2024 dijana dua pilihan enjin, iaitu hibrid 1.6L dengan output kuasa 94hp dan tork 148Nm. Ciri elektrik terdiri daripada motor 36kW (49hp) dan tork 205Nm yang dibantu penghidup dan generator 15kW, inverter dan bateri 1.2kWj penyejukan cecair.

Pemilik Juke Hybrid bukan setakat merasai teknologi kacukan petrol dan elektrik, tetapi juga mendapat 25 peratus lebih kuasa, iaitu 141hp berbanding 112hp pada enjin petrol 3-silinder 1.0L Turbo DIG-T.

Enjin itu memiliki tork 180Nm atau 200Nm dengan fungsi tork lampau (over torque). Pelanggan juga ditawarkan dua pilihan kotak gear, iaitu manual 6-kelajuan atau transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan pedal syif.

Model ini turut dilengkapi tiga mod pandu: Eco, Standard dan Sport untuk disesuaikan dengan gaya dan keperluan pemanduan pemandu.

Luaran Juke 2024

  • Bumbung, rim, perumah cermin sisi, trim gerbang roda, gril, pilar-A dan -B hitam (Juke N-Sport).
  • Warna Pearl White (putih) dengan lebih banyak butiran metalik.
  • Warna Pearl Black (hitam) yang lebih berkilauan dan gelap.

Dalaman Juke 2024

  • Unit infotainment dengan skrin lebih besar saiz 12.3 inci dan lebih condong kepada pemandu.
  • Kemasan bentuk bumerang warna kuning pada papan pemuka (Juke N-Sport).
  • Kerusi Alcantara kitar semula (Juke N-Sport).
  • Stereng kulit sintetik (leatherette) seperti Juke N-Connecta.
  • Kluster instrumen digital TFT 12.3 inci (Juke N-Connecta dan ke atas).
  • Pengecas wayarles ((Juke N-Connecta dan ke atas), termasuk port USB-A dan USB-C di depan dan belakang.
  • Kualiti pengecaman suara dipertingkat.
  • Maklumat kamera halaju dan harga bahan api boleh dipaparkan pada peta navigasi.
  • Kotak papan pemuka (glove box) 6.6 liter (29 peratus lebih besar) bagi Juke pemanduan kanan (RHD).
  • Perehat lengan rekaan baharu.
  • Brek parkir elektrik (EPB).
  • Butang e-Pedal dan mod EV posisi baharu (Juke Hybrid).

Teknologi Bantuan Pemandu

  • Ciri amaran kepekaan pemandu pintar Intelligent Driver Alertness (IDA).
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA), standard untuk Juke Tekna dan ke atas.
  • Resolusi kamera pandang belakang dipertingkat kepada 1.3MP daripada 0.3MP.
  • Monitor Pandang Sekeliling (SVM), standard untuk Juke Tekna.
  • Lampu brek kecemasan automatik (AEBL).

Nissan Juke 2024 dipasang di Kilang Nissan Sunderland dan setakat ini sudah lebih 1.3 juta unit dikeluarkan sejak 2010.

Nissan Nissan Juke Nissan JUKE 2024 Nissan JUKE N-Sport 2024 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.