Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan GT-R R36 Sah Guna Hibrid dengan Enjin VR38 V6, Tiba Sebelum 2030?
Roda4

Nissan GT-R R36 Sah Guna Hibrid dengan Enjin VR38 V6, Tiba Sebelum 2030?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERITA besar buat peminat Godzilla, Nissan GT-R generasi baharu (R36) disahkan sedang dibangunkan sebagai model hibrid, dengan kemungkinan masih mengekalkan asas enjin ikonik VR38 twin-turbo V6.

Ketua Perancangan Nissan Amerika Utara, Ponz Pandikuthira berkata, pengumuman lebih konkrit dijangka dibuat sekitar 2028, manakala pelancaran penuh disasarkan sebelum penghujung dekad ini, iaitu sebelum 2030.

Bukan EV Penuh, Tetapi Hibrid Prestasi Tinggi

Nissan GTR R36 Concept

Menariknya, Nissan memberi bayangan GT-R baharu tidak akan menjadi kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya, seperti pernah dispekulasi sebelum ini.

Sebaliknya, model itu bakal menerima tahap elektrifikasi tertentu bagi memenuhi peraturan emisi global, seperti standard Euro7, sambil mengekalkan karakter prestasi yang sinonim dengan nama GT-R.

GT-R generasi seterusnya memerlukan tahap elektrifikasi tertentu… adakah perlu jadi EV penuh? Mungkin tidak,” kata Pandikuthira.

Nissan GTR R36 Concept

VR38 Masih Jadi Nadi Utama

Apa yang pasti menggembirakan peminat tegar R35 ialah Nissan tidak bercadang membuang terus enjin VR38.

Menurut Pandikuthira, blok enjin tersebut masih sangat kukuh dan berpotensi besar untuk terus digunakan, walaupun komponen lain seperti kepala silinder, piston dan sistem pembakaran mungkin akan direka semula sepenuhnya.

Casis, Model Serba Baharu

Nissan GTR R36 Concept

Dari segi platform, R36 sah akan dibina berasaskan casis serba baharu, menjadikan supercar itu sebagai model yang benar-benar all-new.

Ini penting bagi membolehkan Nissan mengintegrasi sistem hibrid prestasi tinggi, selain memastikan casis mampu menampung kuasa dan pengendalian setaraf nama GT-R.

Fokus Masih Nürburgring, Prestasi Dunia Sebenar

Nissan GTR R36 Concept

Walaupun formula berubah, matlamat utama kekal sama, iaitu supercar yang dibangunkan untuk prestasi dunia sebenar dan litar.

Pandikuthira turut menyebut nama Nürburgring sebagai lokasi yang cukup sinonim dengan pembangunan R35 sebelum ini, sekali gus memberi bayangan DNA pemanduan ekstrem masih akan dikekalkan.

‘Godzilla’ Kembali dalam Bentuk Baharu

Nissan GT-R 'Godzilla'

Jika semua berjalan mengikut perancangan, R36 bakal menjadi kebangkitan semula Godzilla dalam bentuk twin-turbo V6 hibrid, dan bukan revolusi EV penuh.

Bagi peminat GT-R, ini mungkin berita terbaik setakat ini kerana legenda masih hidup, cuma kini lebih moden, lebih pantas dan lebih bersedia untuk masa depan.

Nissan GTR R36 Concept
Nissan GTR R36 Concept
Nissan GTR R36 Concept
Nissan GTR R36 Concept
Nissan GTR R36 Concept
Nissan GT-R R36 Concept

SUMBER: TheDrive

Enjin VR38 HEV hibrid Nissan Nissan GTR R36 Nissan NISMO Nissan Sport Nürburgring Roda4 Sport car Supercar Hibrid
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Chery perkenal aplikasi Carlinko
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Lancar Aplikasi Mobil ‘CarLinko’ untuk Pemilik PHEV Chery

    09/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    09/04/2026
    Mitsubishi Xforce 2026
    Roda4

    Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109,980!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.