• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Elgrand Autech Concept Akan Muncul di Tokyo, Bulan Ini

Nissan Elgrand Autech Concept Akan Muncul di Tokyo, Bulan Ini

January 6, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, Toyota Vellfire dan Alphard jelas mendominasi populariti yang sukar digugat.

Populariti itu diraih daripada jenama Toyota yang terkenal dengan reliabiliti, keselesaan, kemewahan dan nilai jual semula yang baik. Namun , sebenarnya ada saja MPV alternatif yang lebih murah dan tidak kurang selesa di pasaran, iaitu Nissan Elgrand.

Elgrand satu masa lalu dijual secara rasmi wakil pengedar Edaran Tan Chong Motor dan kini boleh dibeli menerusi pengimport bebas pada harga sekitar RM130,000-RM190,000 mengikut tahun pengeluaran. Apa yang membuatkan Elgrand kekal relevan ialah model berkenaan masih dijual di Jepun.

BACA >>> Hyundai Grand Starex Facelift (2018) Berwajah Baharu dengan Gril Besar, Lampu Trendy

Terbaharu, Nissan bakal memperkenalkan Elgrand Autech Concept ke Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, pada 10-12 Januari ini. Berdasarkan gambar dikongsikan, Elgrand Autech Concept mirip Elgrand sedia ada. Cuma tiada kit badan yang sarat, dan berbeza bentuk gril, lampu depan lebih gelap dan skema warna biru dan perak.

Warna biru itu sebenarnya merujuk kepada gambaran laut dan langit di Shonan dan Chigasaki, iaitu lokasi Autech Jepun diasaskan. Permainan warna dan corak rim baharu dilihat berjaya menaikkan seri MPV yang sudah memasuki tahun ke-10 di pasaran.

BACA >>> Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

Nissan Elgrand E52 pasaran Jepun
Nissan Elgrand E52 pasaran Jepun
Nissan Elgrand E52 pasaran Jepun
Nissan Elgrand E52 pasaran Jepun

Nissan tidak berkongsi butiran spesifikasi sehingga TAS 2020. Di Malaysia, Elgrand yang dibawa masuk dari Jepun dikuasakan enjin 2.5L dan 3.5L V6 dalam dua jenis opsyen pacuan, roda depan (FWD) dan empat roda (4WD) yang dipadankan transmisi CVT XTRONIC 7-kelajuan.

Turut dipamerkan di TAS 2020 ialah Serena e-Power Autech Multi Bed Concept yang juga menarik dengan konsep luaran sama.

BACA >>> Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)

SUMBER: Nissan

Related

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Autech, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Nissan, Nissan Elgrand, Nissan Elgrand Autech Concept, Nissan Japan, Nissan Serena e-Power Autech Multi Bed Concept, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my