Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Nissan Jadi Pengedar Eksklusif Kereta Nano EV, Silence S04 2025 di Eropah
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan Jadi Pengedar Eksklusif Kereta Nano EV, Silence S04 2025 di Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata18/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Silence S04 Nanocar
PANDULAJU sebelum ini pernah beberapa kali memaparkan artikel mengenai kuadrisikal, sama ada daripada Citroën atau Renault.

Ini pula kereta yang begitu kecil, iaitu siri kereta nano elektrik SO4 daripada Silence. Menariknya, Nissan pun terlibat sama yang bukan sebagai rakan pembangunan produk, tetapi pengedar eksklusif di Eropah.

Siri Kereta Nano EV – Silence S04

Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar

Nissan dan Silence  memperluaskan siri kereta nano (nanocar) Silence S04 2025 dengan memperkenalkan empat model baharu:

  • Silence S04 L6e ‘Unico’: Model peringkat permulaan baharu ditawarkan pada harga di bawah €10,000 (RM48,150).
  • Silence S04 L6e ‘Vivo’: Model premium dipertingkat.
  • Silence S04 L7e ‘Plus’: Model dinaik taraf dengan kuasa dan jarak perjalanan lebih tinggi.
  • Silence S04 Cargo: Tersedia dalam versi L6e atau L7e, model khas ini menyokong operasi penghantaran jarak akhir (last-mile) dan kegunaan komersial ringan.

Silence S04 Nanocar

Perkembangan itu mencerminkan usahasama Silence dan Nissan untuk pendekatan lebih inklusif terhadap mobiliti elektrik, iaitu menyesuaikan kenderaan supaya sesuai dengan perjalanan harian di bandar, pekan, dan lain-lain.

Pelancaran model baharu itu hadir ketika Nissan dan Silence meraikan kerjasama pengedaran Eropah selama setahun, dan Nissan sedang memperluaskan pengedaran ke pasaran Eropah baharu.

Model tersebut dilancarkan di Perancis, Jerman, dan Itali pada 2024. Kini, semua pasaran berikut berada bawah pengedaran Nissan:

  • Belanda, Belgium, Luxembourg, Norway, Denmark, UK, Türkiye, Poland, Greece, dan Ireland.
  • Jualan di Belanda dijangka bermula Jun 2025, manakala pasaran lain menyusul kemudian tahun ini.

Ciri Utama Silence S04 Nanocar

Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
  • Keselesaan Sepanjang Tahun: Semua model dilengkapi kabin terlindung cuaca yang selamat, dengan penyaman udara dan pemanasan sebagai ciri standard. Ini kelebihan penting berbanding kenderaan lain dalam segmen sama.
  • Bateri Boleh Tanggal dan Tukar Ganti: Bateri jenis troli boleh ditanggalkan dengan mudah dan dicas menggunakan soket domestik standard serta tidak memerlukan infrastruktur pengecasan khas atau pengecas jalan mahal.
  • Dimensi Kompak dan Pengendalian Lincah: S04 direka untuk persekitaran bandar padat dengan saiz badan kompak dan pengendalian mudah.
  • Aplikasi My Silence: Aplikasi ini memberikan pemandu kawalan penuh ke atas Nanocar S04, termasuk sistem penghidup tanpa kunci (keyless), ciri perkongsian kenderaan, penjejakan lokasi, dan akses kepada maklumat tahap bateri, termasuk jarak perjalanan.

Model dan Prestasi

Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
  • Silence S04 Nanocar L6e ‘Unico’: Menawarkan jarak sehingga 100 km dan kini dilengkapi kamera pandang belakang.
  • Silence S04 Nanocar L6e ‘Vivo’: Tambahan ciri premium seperti skrin TFT 7-inci, sistem brek yang ditambah baik dan stereng pelbagai fungsi.
    Kedua-dua model L6e menawarkan kuasa 6 kW (8.1 hp) dan kelajuan tertinggi terhad kepada 45 km/j, serta boleh dipandu dari usia 14 tahun (bergantung kepada peraturan tempatan).
  • Silence S04 Nanocar L7e ‘Plus’: Dibina berasaskan ciri premium L6e dengan kuasa dipertingkat(14kW, 19hp) dan kelajuan maksimum 85kmj, yang menjadikan ia sesuai untuk jalan raya lebih besar dan perjalanan ulang-alik bandar lebih jauh.
  • Silence S04 Cargo: Direka untuk perniagaan di bandar dengan ruang but 414 liter yang sesuai untuk penghantaran jarak akhir dan kegunaan komersial ringan lain.

Inovasi dalam Pemilikan Bateri

Acciona dan Nissan juga bakal melancarkan Stesen Bateri di Perancis, bermula di Paris pada musim panas ini.

Stesen berkenaan akan ditempatkan di pengedar Nissan, stesen minyak, dan ruang parkir awam yang membolehkan pengguna menukar bateri yang habis dengan bateri dicas penuh dalam masa kurang 30 saat.

160 Stesen Tukar Bateri Kawasan Strategik

Silence S04

Silence kini mempunyai 160 tempat penukaran bateri di kawasan strategik sekitar bandar besar dan menjangka mempunyai lebih 200 tempat penukaran bateri (di Sepanyol) menjelang akhir tahun.

Model Bateri sebagai Perkhidmatan (BaaS) secara ketara mengurangkan kos awal pemilikan dan tanpa keperluan penyelenggaraan bateri.

Pelanggan juga boleh memilih Silence S04 Nanocar di bawah langganan bateri, yang membolehkan mereka berjimat hingga €2,000 (RM9,630) untuk model dua bateri.

Dengan skim langganan itu, pelanggan dapat membeli S04 Nanocar tanpa bateri, dan mengurangkan kos keseluruhan kenderaan. Bagi menyokong inisiatif itu, tahun pertama langganan diberi percuma.

Siapa Silence dan Acciona?

Logo Silence
Logo Acciona

Silence ialah jenama kenderaan elektrik (EV) bawah Acciona, iaitu syarikat pembangun motosikal dan kereta emisi sifar dengan teknologi sendiri yang dilengkapi bateri boleh tukar ganti.

Pada 2023, Silence menjadi peneraju jualan motosikal elektrik di Eropah selama lima tahun berturut-turut. Acciona pula syarikat global terkemuka dalam menyediakan penyelesaian regeneratif untuk ekonomi tanpa karbon.

Acciona beroperasi dalam pelbagai sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, rawatan air, sistem pengangkutan dan mobiliti cekap eko, serta infrastruktur. Syarikat itu sudah mensasarkan karbon neutral sejak 2016.

Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Silence S04 Nanocar
Kenderaan Elektrik (EV) Kereta Nano Nissan Silence Silence 04 2025 Silence S04 Silence S04 2025
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.