Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan CUBE Retro Renovation, Projek Unik Nissan, Pulihara CUBE Lama!
Auto Terkini

Nissan CUBE Retro Renovation, Projek Unik Nissan, Pulihara CUBE Lama!

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEKIRANYA anda memiliki sebuah kereta Nissan dan ingin membaik pulih dengan piawaian tinggi, tempat yang dituju ialah NISMO. Hasil kerjanya luar biasa.

Bagaimana pula dengan kereta kebanyakan? Nissan bersama Nara Nissan menawarkan satu program pemuliharaan dan ubah suai unik iaitu CUBE Retro Renovation. Bukan GT-R R32, R33 atau R34 tetapi kereta comel CUBE!

Projek itu telah dipertonton sebelum ini melalui CUBE Refreshed & Retro CONCEPT pada Tokyo Auto Salon 2023. Satu idea menarik dan dijual Nara Nissan pada 22 Januari dan sayangnya dihadkan kepada 20 buah sahaja.

Program ini menyasarkan pelangan muda yang mahu membeli kereta pertama dengan Nissan membaik pulih CUBE terpakai dan menawarkan aksesori khas.

Nissan menawarkan kepada pelanggan pakej berikut:

Refresh Package

Entry

  • Penggantian bilah pengelap cermin.
  • Penggantian alat ganti seperti bateri.
  • Penggantian karpet.
  • Anggaran JPY¥74,835 (RM2,385) termasuk cukai dan pemasangan.

Standard

  • Tambahan dari Entry.
  • Penggantian lengan pengelap cermin.
  • Penggantian getah tingkap.
  • Penggilapan kereta.
  • Anggaran JPY¥272,595 (RM8,687) termasuk cukai dan pemasangan.

Premium

  • Tambahan dari Standard.
  • Penggantian lampu depan.
  • Penggantian suis kerusi pemandu.
  • Penggantian panel bawah cermin.
  • Anggaran JPY¥391,776 (RM12,487) termasuk cukai dan pemasangan.

Selain Refresh Package, Nissan menawarkan satu lagi pilihan untuk pelanggan iaitu Custom Package berikut:

Entry

  • Penutup rim.
  • Balutan kerusi.
  • JPY¥106,430 (RM3,391) termasuk cukai dan pemasangan.

Standard

  • Tambahan dari Entry.
  • Pelekat badan dua warna (kelabu).
  • Jeriji depan.
  • JPY¥573,698 (RM18,280) termasuk cukai dan pemasangan.

Premium

  • Tambahan dari Standard.
  • Dua pelekat, tingkap dan sisi badan.
  • Pelapik papan pemuka.
  • JPY¥750,764 (RM23,917) termasuk cukai dan pemasangan.

Aksesori tambahan

  • Rak dan bakul bumbung dari Terzo.
  • JPY¥139,800 (RM4,452) termasuk cukai dan pemasangan.

Melalui pakej yang ditawarkan, pelanggan boleh membuat pilihan padan dan suai seperti contoh berikut:

  • Nissan CUBE terpakai: JPY¥700,000 (RM22,296).
  • + Custom package standard: JPY¥573,698 (RM18,280).
  • + Refresh package standard: JPY¥272,595 (RM8,687).
  • + Kos lain-lain: JPY¥139,000 (RM4,427).
  • Jumlah keseluruhan: JPY¥1,685,293 (RM53,693).

Walaupun terhad, program ini menjadi percubaan untuk menilai penerimaan pasaran terhadap produk dan harga yang bakal mempengaruhi pertimbangan projek masa depan dan penawaran model lain.

Kredit gambar: Nissan

Nissan Nissan CUBE Nissan CUBE Retro Renovation
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.