Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»NIO ET5 – Sedan Elektrik China dengan Jarak Pemanduan Hingga 1,000km, Harga RM215k!
Roda4

NIO ET5 – Sedan Elektrik China dengan Jarak Pemanduan Hingga 1,000km, Harga RM215k!

Abang HirataBy Abang Hirata27/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA diperhatikan kini, kereta buatan China diserlahkan dengan dua ciri, iaitu rekabentuk menawan dan trenkuasa elektrik yang lebih bercirikan global serta canggih.

Pengeluar dari China juga berani meneroka negara luar walaupun pasaran sendiri menawarkan angka jualan mencecah puluhan juta unit setiap tahun.

BACA >>> Wuling Nano EV – Kereta Elektrik Mikro Boleh Pandu 305km Sekali Cas, Harga Mula RM32k

Dengan rekabentuk dan teknologi elektrik, jalan sudah terbuka untuk bertapak di negara maju seperti Eropah. Satu daripada model baharu dilancarkan dengan ciri tersebut ialah sedan elektrik saiz sederhana, NIO ET5b.

Model elektrik ini bukan saja menawan, tetapi hebat dengan prestasi tinggi! Malah, nama NIO itu sendiri bunyinya lebih generik. Berikut perincian NIO ET5b:

Trenkuasa

  • Berkuasa 360kW dan tork 700Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.3 saat!
  • Menggunakan dua motor, motor aruhan tak segerak (induction asynchronous) 150kW di depan dan motor magnet kekal di belakang.
  • Jarak pemanduan lebih 550km (bateri 75kWh Standard Range), lebih 700km (bateri 100kWh Long Range), dan lebih 1,000km (bateri 150kWh Ultralong Range).

Rekabentuk Luaran

  • Menggunakan konsep ‘Rekabentuk untuk Pemanduan Autonomi’ (Design for Autonomous Driving).
  • Menampilkan gaya kemas dan minimalis.
  • Membawa pengaruh supercar NIO EP9 dan sedan ET7.
  • Memiliki saiz panjang 4.7 meter.
  • Hendal pintu rata dengan badan (flush), tingkap tanpa frem dan pintu tutup perlahan (soft close).
  • Komponen dengan rekaan kemas membantu aspek kecekapan aerodinamik.

Rekabentuk Dalaman

  • Direka ala ruang tamu yang mengambil ilham perabot, fesyen dan kasut, iaitu kemas dan tidak serabut.
  • Cermin saiz besar dan bumbung panoramik memberikan suasana kabin terang dengan pencahayaan ambien 256 warna.
  • Sistem audio keliling Dolby Atmos 7.1.4.
  • Teknologi PanoCinema, iaitu kokpit digital dengan teknologi realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR).

Sedia untuk Pemanduan Autonomi

  • Menggunakan teknologi terkini NIO Autonomous Driving (NAD).
  • Fungsi penuh NAD akan ditawarkan berperingkat selepas pembangunan dan pengesahan lanjut. Pengguna boleh melanggan fungsi tersebut dengan bayaran 680 yuan (RM450) sebulan.

Dibangunkan untuk Keselamatan

  • Direka bagi memenuhi piawaian tinggi lima bintang C-NCAP dan Euro NCAP.
  • Badan kereta dibuat daripada gabungan besi aluminium kekuatan ultra tinggi dengan ketegaran kilasan (torsional stiffness) hingga 34,000Nm/deg.
  • Pusat graviti (CoG) ultra rendah 482.6mm dan trek roda 1,685 mm membolehkan ET5 mendapat rating rintangan golek (rollover resistance) 1.7 atau lebih tinggi daripada kadar 5 bintang Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA).

Harga?

  • Bermula 328,000 yuan (RM215,410) sebelum subsidi atau 258,000 yuan (RM169,440) dengan BaaS (Battery-as-a-Service). Penghantaran kepada pelanggan bermula September tahun ini.

Sedia Melangkah ke Eropah, Antarabangsa

NIO sudah memulakan langkah pertama ke pasaran global bermula 2021. Selepas Norway, NIO akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan syarikat itu ke Jerman, Belanda, Sweden dan Denmark pada tahun ini.

Menjelang tahun 2025 pula, NIO dijangka menembusi pasaran lebih 25 negara serata dunia.

BACA >>> Siri Kenderaan Elektrik bZ, Inilah Masa Depan Toyota!
BACA >>> Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III

EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Nio NIO ET5 Roda4 Sedan Elektrik Sedan EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.