Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ninja Van Malaysia Lancar 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu dengan Kos Lebih Murah
Auto Terkini

Ninja Van Malaysia Lancar 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu dengan Kos Lebih Murah

Han OthmanBy Han Othman19/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ninja Van buka 44 laluan penghantaran baharu

NINJA Van Malaysia hari ini melancarkan 44 laluan penghantaran antarabangsa baharu, sekali gus membuka peluang lebih besar kepada perniagaan tempatan untuk berkembang ke seluruh dunia dengan kos jauh lebih rendah.

Tambahan laluan baharu itu, termasuk ke Singapura dan Filipina yang sedia ada, membolehkan Ninja Van kini beroperasi ke 46 destinasi antarabangsa, meliputi Asia Pasifik, Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Latin. Menariknya, kadar penghantaran ditawarkan lebih 50 peratus lebih murah berbanding servis konvensional, bermula serendah RM30 dengan tempoh penghantaran sekitar tujuh hingga 12 hari bergantung destinasi.

Fokus PKS, Buka Laluan Global

Ninja Van buka 44 laluan penghantaran baharu
Ninja Van buka 44 laluan penghantaran baharu
Ninja Van buka 44 laluan penghantaran baharu

Naib Presiden Serantau Ninja Van Rentas Sempadan, Jeremy Hong berkata, objektif utama laluan baharu ini adalah memudahkan PKS menembusi pasaran luar negara tanpa beban kos logistik tinggi.

Dunia kini bukan lagi di luar jangkauan jenama Malaysia. Dengan 44 laluan baharu ini, kami sediakan cara praktikal dan kos efektif untuk perniagaan tempatan memasuki pasaran global dengan lebih yakin,” katanya.

Sebelum ini, banyak jenama tempatan tersekat kerana kos penghantaran mahal, urusan kastam rumit dan infrastruktur terhad. Kini, halangan itu dikurangkan dengan sistem logistik rentas sempadan yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Ciri Menarik Servis Ninja Van Rentas Sempadan

Ninja Van buka 44 laluan penghantaran baharu

  • Integrasi lancar: Urus penghantaran domestik dan antarabangsa dalam satu papan pemuka.
  • Proses pantas: Pesanan boleh dibuat atau dimuat naik pukal dalam beberapa minit.
  • Dokumentasi automatik: Ninja Van sediakan borang kastam dan bil udara tanpa kerumitan manual.
  • Penghantaran pintu ke pintu: Terus dari penjual di Malaysia ke pintu pelanggan luar negara.
  • Penjejakan masa nyata: Status bungkusan boleh dipantau setiap peringkat perjalanan.

Infrastruktur Kukuh di Malaysia, Serantau

Logo Ninja Van

Ninja Van Malaysia kini beroperasi dengan hab logistik seluas 260,000 kaki persegi di Shah Alam, di lebih 160 hab seluruh negara, 5,000 titik serahan dan pengambilan serta 7,000 kenderaan. Di peringkat serantau, syarikat itu mengurus lebih dua juta bungkusan setiap hari dengan 270,000 peniaga sudah menggunakan servis rentas sempadan Ninja Van.

Dengan pelancaran laluan baharu itu, Ninja Van mengukuhkan lagi peranan sebagai rakan logistik strategik buat perniagaan Malaysia yang mahu menembusi pasaran global. Dengan kos lebih murah, proses lebih ringkas, dan penghantaran lebih konsisten inilah masa terbaik untuk jenama tempatan melebarkan sayap ke pasaran dunia.

Maklumat lanjut mengenai laluan antarabangsa Ninja Van boleh layari laman rasmi Ninja Van Malaysia.

Auto Terkini Jeremy Hong Naib Presiden Serantau Ninja Van Rentas Sempadan Jeremy Hong Ninja Van Ninja Van Malaysia Perkhidmatan Kurier
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

08/04/2026
Roda4

Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

07/04/2026
Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
Roda2

Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

07/04/2026
Auto Terkini

Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

07/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.