• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nigeria Mahu Haramkan Motosikal untuk Tangani Pengganas

Nigeria Mahu Haramkan Motosikal untuk Tangani Pengganas

August 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Persekutuan Nigeria sedang menimbang langkah mengharamkan jualan dan penggunaan motosikal seluruh negara sebagai strategi melumpuhkan serangan pengganas.

Tindakan tersebut dianggap pendekatan mematahkan pergerakan atau logistik kumpulan pengganas untuk melakukan melakukan serangan.

BACA >>> Singapura Mahu Haram Motosikal Lama Bermula 1 Julai 2028
BACA >>> Kerajaan Bogota Haramkan Pembonceng Motosikal Lelaki Masuk Bandar, Rakyat Protes!

Menteri Kehakiman Nigeria, Abubakar Malami (foto atas) pada Khamis lalu berkata;

Tindakan pengharaman penggunaan motosikal dan aktiviti perlombongan boleh menghentikan bekalan logistik kepada kumpulan pengganas.

“Ini akan dibuat demi kepentingan negara. Kita rakyat Nigeria kerana inilah Nigeria wujud dan mana-mana isu yang dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan negara atau kewujudan negara memerlukan beberapa pengorbanan.”

Pelan itu muncul ketika pihak berkuasa Nigeria cuba menyekat usaha pelbagai kumpulan pengganas seperti Boko Haram dan Daesh yang bertanggungjawab melakukan serangan seluruh negara.

Ini termasuk kesalahan membabitkan pembunuhan, penculikan dan jenayah seksual dilakukan anggota kumpulan yang dikenali sebagai ‘Bandits’.

Bandits’didakwa menggunakan motosikal untuk membuat serangan pantas yang mudah bergerak ke sesuatu lokasi tanpa dikesan atau tanpa amaran.

BACA >>> Motosikal Kapcai Mungkin Diharam Masuk Pusat Bandar Kuala Lumpur - Menteri
BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi

Askar NIgeria turut menggunakan motosikal dalam usaha membanteras keganasan.

Cadangan Kerajaan itu muncul selepas Gabenor Negeri Zamfara, Bello Mattawale minggu lalu mengenakan perintah berkurung dan larangan motosikal di bandar Gusau.

Beliau mengarahkan kakitangan keselamatan menembak sesiapa saja yang dilihat menunggang motosikal antara jam 8 malam hingga 6 pagi.

Nigeria memiliki lebih 200 juta penduduk dan menjadi negara dengan populasi penduduk keenam terbesar dunia, manakala jualan motosikal tahunan mencatatkan lebih 500,000 unit. Abubakar menganggap pengharaman motosikal sebagai pengorbanan kecil rakyat demi keselamatan negara.

Ini pengorbanan yang kita lihat sebagai membantu menangani ancaman keselamatan (negara) dan saya merasakan tiada pengorbanan yang terlalu besar jika melihat isu berkenaan.

“Lebih-lebih lagi apabila kamu bercakap tentang pengharaman motosikal. Sebagai contoh, saya merasakan jumlah pengguna motosikal tak sampai 20 peratus penduduk Nigeria.

“Jika peratusan itu diminta untuk membuat pengorbanan yang memberi kesan kepada lebih 200 juta warga Nigeria, saya fikir pengorbanan itu tidak melampau dan patut dipertimbangkan."

BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19
BACA >>> Honda Ace 110 - Motosikal Retro yang Tidak Perlu Diretrokan Lagi
BACA >>> PBB Puji Keputusan Malaysia Wajibkan ABS untuk Motosikal Dua Tahun Lagi

SUMBER: VisorDown

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abubakar Malami, Auto Terkini, autoterkini, Boko Haram, Daesh, Langkah Haramkan Motosikal, Militan, Motosikal Nigeria, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev