• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Ace 110 – Motosikal Retro yang Tidak Perlu Diretrokan Lagi

Honda Ace 110 - Motosikal Retro yang Tidak Perlu Diretrokan Lagi

November 21, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal sekarang memang memahami trend apabila semakin galak mengeluarkan jentera gaya retro. Namun, tawaran tersebut hanya membabitkan motosikal moden yang berselindung di sebalik gaya retro. Tetapi tidak semua begitu kerana ada sesetengah negara masih menawarkan motosikal retro dengan perubahan moden.

Sebagai contoh, Honda Ace 110 dengan rupa yang saling tidak tumpah seperti Honda CG125 (gambar bawah). Rasanya, elok juga dibuat rupa sebegitu sebab ada pengeluar yang cenderung merembat rekaan motosikal klasik Honda, dan meletakkan jenama mereka sendiri.

HONDA CG110

Subsidiari Honda di Nigeria, Honda Manufacturing (Nigeria) Ltd, yang bertanggungjawab dalam pembuatan motosikal dan jualan produk jenama itu, melancarkan Ace110 baharu pada 17 November tahun lalu. Ace 110 mengekalkan rekabentuk sama seperti Ace 125 (CG125?) pada harga mampu milik, iaitu ₦220,000 (RM2,537). Murah betul woiii!

Honda berhasrat menjual 80,000 unit Ace110 pada tahun itu dan merancang meningkatkan jualan kepada 110,000 unit pada 2018.

Ace 110 dilengkapi enjin sama seperti CG110, iaitu 110cc yang terkenal dengan realibiliti dan cekap bahan api. Perbezaan ketara dengan rekabentuk klasik ialah tangki bahan api Ace110 adalah 45 peratus lebih besar berbanding CG110 yang membolehkan pembeli menunggang jarak jauh.

BACA >>> Honda Scoopy - Skuter Gaya Retro yang Jadi Fenomena di Indonesia

Kepuasan dan keselesaan pelanggan turut dipertingkatkan menerusi ciri khas seperti pelana yang lebih selesa berserta suspensi depan dan belakang tahan lasak.

Mulanya, pasaran motosikal Nigeria begitu besar, sekitar 1 juta unit pada 2015, tetapi disebabkan krisis mata wang asing, jumlah jualan motosikal negara itu jatuh kepada sekitar 500,000 unit pada 2017. Honda percaya ekonomi Nigeria akan pulih menjelang 2018 disebabkan peningkatan kecairan mata wang asing. Kini pengeluar dari Jepun itu merancang menjual 100 ribu unit sepanjang tempoh berkenaan.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Honda, Roda2 Tagged With: Honda, Honda Ace 110, Honda Ace110, Honda Nigeria, motosikal jipang, motosikal retro, retro, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my