Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Neta V (2023): SUV EV Pertama Malaysia dengan Harga Bawah RM100k!
Roda4

Neta V (2023): SUV EV Pertama Malaysia dengan Harga Bawah RM100k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NETA V (2023) diperkenalkan ke pasaran tempatan pada harga atas jalan tanpa insurans serendah RM99,800, sekali gus menjadi model kenderaan elektrik (EV) paling murah di Malaysia buat masa ini.

Neta ialah model EV dari China yang diedarkan Intro Synergy Sdn Bhd (Intro Synergy), iaitu subsidiari kepada GoAuto Group.

Sempena meraikan ketibaan Neta V (2023) di Malaysia, 100 pelanggan pertama yang membuat tempatan atas talian menerusi laman www.neta.my akan menerima tawaran pakej khas hingga RM10,000.

Bagaimanapun, pengguna perlu membuat tempahan dalam tempoh terhad, iaitu antara jam 4.15 petang (3 Mei, Rabu) dan 10 malam (7 Mei, Ahad) ini.

Berikut perincian EV tersebut:

  • Hanya ada satu varian untuk pasaran Malaysia, dinamakan Deluxe.
  • Ada lima warna pilihan: Sakura Pink (merah jambu), White Storm (putih), Sky Blue (biru), Cyan (sian) dan Midnight Gray (kelabu).
  • Tempahan sudah dibuka, tetapi kiriman kepada pelanggan akan bermula suku ketiga tahun ini (2023).
  • Dikategorikan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik penuh.
  • Menggunakan pek bateri litium-ion 38.5kWh dengan jarak pemanduan hingga 380km sebelum cas semula.
  • Motor elektrik segerak menghasilkan kuasa 94hp dan tork 160Nm. Pecutan 0-50kmj mengambil masa 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum cuma 120kmj.
  • Menyokong dua metod pengecasan: pantas (DC) dan biasa (AC).
  • Pengecas DC 100kW mampu mengecas 30-80 peratus dalam masa 30 minit.
  • Pengecas AC Type 2 (6.6kW) pula mengambil masa lapan jam.
  • SUV itu juga boleh berfungsi sebagai generator untuk membekalkan tenaga kepada perkakasan lain melalui sistem V2L (vehicle-to-load) pada kadar 3.3kW.
  • Ruang kabin berkonsep minimalis dengan penggunaan material premium, unit infotainmen skrin sentuh 14.6 inci yang diposisi secara vertikal (macam Tesla!).
  • Lampu utama jenis mentol halogen automatik. Lampu brek belakang dan lampu siang (DRL) jenis LED.
  • Ruang kabin menggunakan material kulit tiruan (leatherette), manakala kerusi belakang boleh dilipat. Kerusi pemandu boleh laras 4-tetapan dan kapasiti but belakang 335 liter.
  • Memiliki dimensi panjang 4,070mm, lebar 1,690mm dan tinggi 1,540mm, manakala jarak roda 2,420mm.
  • Menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD) dan memiliki berat 1,151kg.
  • Bahagian roda dipasangkan rim aloi 16 inci dengan tayar 185/55, manakala sistem brek jenis cakera.
  • Didatangkan dengan pakej:
    • Waranti 10 tahun atau 200,000km untuk jaminan badan (mana satu tiba dulu).
    • Waranti 5 tahun atau 150,000km untuk komponen umum.
    • Waranti 8 tahun atau 180,000km untuk waranti komponen voltan tinggi.

BACA >>> Walaupun Terjun Sungai, Tesla Model X Ini Masih Mampu Jual RM105k!
BACA >>> Intro Synergy Pengedar Tunggal EV Jenama NETA di Malaysia

GoAuto Group Intro Synergy Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) NETA V Roda4 SUV Elektrik
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.