Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Naza Eastern Lancar 30 Unit Suzuki Jimny Rhino, Harga RM174.9k!
Roda4

Naza Eastern Lancar 30 Unit Suzuki Jimny Rhino, Harga RM174.9k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize20/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Eastern Motors Sdn Bhd melancarkan 30 unit terhad Suzuki Jimny Edisi Rhino yang menawarkan pelbagai ciri eksklusif dan naik taraf untuk peminat kenderaan pacuan empat roda (4×4) di Malaysia pada harga RM174,900.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Naza Eastern Motors, Mohamad Irwan Shahril berkata, Suzuki Jimny Edisi Rhino ini diperkenal untuk menarik minat penggemar kenderaan 4×4, terutama model ikonik Suzuki Jimny selain memberi pengalaman pemilikan luar biasa kepada pelanggan.

Keistimewaan model edisi terhad ini ialah pelekat strip merah, kelabu dan hitam yang tertera pada bonet dan sisi badan dengan teks ‘Real Offroader’ dan grafik Rhino.

Ada juga ciri nostalgia seperti gril Suzuki Heritage yang menyamai cermin sisi dengan bampar sisi dan depan serta pelapik lumpur (mud flaps) merah dengan tulisan ‘Jimny’ putih, termasuk penutup tayar ganti belakang dengan logo Rhino.

Pengadang depan dan belakang serta deflektor hujan dan angin turut dipasang sebagai pelindung tambahan.

Kit Jimny Rhino bernilai RM15,000 turut ditawarkan kepada pemilik Jimny sedia ada yang membolehkan mereka menikmati penambahbaikan sama seperti varian baharu tersebut.

Inisiatif ini mempamerkan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dimana kesemua pelanggan kami mendapat peluang untuk memberi sentuhan peribadi kepada kenderaan mereka mengikut citarasa mereka.” kata Mohamad Irwan.

Sebagai pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza komited menyediakan kenderaan dan perkhidmatan berkualiti tinggi, memastikan kepuasan pelanggan dan membangun reputasi jenama itu di pasaran.

Terdahulu, Naza Eastern Motors mula memperkenalkan Suzuki Jimny All Grip pada Julai 2021 dengan menyediakan beberapa warna di pasaran.

Suzuki Jimny Edisi Rhino boleh didapati dalam warna putih mutiara tulen dan dilengkapi logo ikonik Rhino sebagai tribut kepada warisan siri Suzuki SJ, iaitu Jimny generasi kedua yang kali pertama muncul 41 tahun lalu.

BACA >>> Suzuki Jimny 5-Pintu Dapat Lebih 30k Tempahan Sebelum Lancar 7 Jun Depan
BACA >>> #Spyshot: Suzuki Jimny 5-Pintu Guna Enjin Hibrid Dikesan, Bakal Masuk Malaysia?

Naza Eastern Motors Sdn Bhd (Naza Eastern) Roda4 Suzuki Jimny All Grip Suzuki Jimny Rhino (2023)
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.