Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nasihat Marquez: “Jangan WhatsApp Ketika Menunggang!”
Auto Terkini

Nasihat Marquez: “Jangan WhatsApp Ketika Menunggang!”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN bercakap tentang model baharu Honda CBR1000RR-R yang membuat kemunculan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, juara dunia MotoGP 2019, Marc Marquez turut mengambil kesempatan menyampaikan pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai, terutama kalangan penunggang motosikal sedunia.

Dipetik laman web Elportaldesalta, Marquez diminta memberikan pendapatnya apabila beliau berpeluang memecut di jalan raya.

Ini jawapan padu adinda Marquez kita;

Jalan raya bukan tempat nak bermain. Aku selalu cakap kat kawan-kawan, kalau korang nak lepaskan nafsu adrenalin, sewalah litar supaya boleh pecut sepuas-puasnya. Jangan buat kat jalan raya sebab sangat bahaya, kita perlu patuh undang-undang.”

Menurut juara dunia lapan kali itu, beliau rasa lebih selamat menunggang di litar kerana semua sudah siap ada jika berlaku sebarang kemungkinan. Katanya lagi, keselamatan menunggang di jalan raya memang boleh dipertingkat, tetapi penunggang motosikal perlu sedar bahawa jaminan keselamatan 100 peratus itu tidak pernah ada untuk mereka.

Hal pertama yang perlu buat, jangan guna telefon ketika menunggang, contohnya balas WhatsApp kerana boleh sebabkan kecelakaan dan membahayakan diri.

Marquez turut membuat pendedahan yang ibunya tidak pernah sangka beliau ambil lesen motor yang diperolehnya pada usia 18 tahun. Dia juga sedar tentang risiko persekitaran yang bakal berlaku ketika menunggang di jalan raya.

Bahaya ada di mana-mana. Aku baru 26 tahun, masih muda, dan aku terkejut tengok diri sendiri boleh begitu tenang dan sabar ketika pegang hendal motor!”

Marc dapat lesen memandu ketika berusia 18 tahun. Siap ambil ujian teori dan praktikal.

Berikut pesanan akhir dan penuh makna dititipkan Marquez;

Hati-hati, belajar menunggang bukan boleh settle semalam je. Kita perlu lalui banyak mileage dan pengalaman. Jadi power bukan perkara utama masa merempit. Tetapi apabila kau dapat banyak pengalaman, itu akan jadi berbeza, aku sendiri tak bermula terus dengan MotoGP.

“Aku mula dengan motor kecil, dan bukan YSuku, dan terus naik peringkat demi peringkat. Korang tak semestinya perlukan motor besar. Apa kita perlukan adalah jadi seorang yang kental dalam menguasai motor.”


Dengar gais, tidak perlu tarik muka pun kalau abah tidak belikan YSuku. Kononnya musnahlah segala impian kita hendak bikin pasang ekzos Racing Boy dan buat dyno test letup-letup. Walaupun cuma dapat Honda EX5 buka kotak angin, menungganglah dengan gembira dan buktikan anda seorang yang layak menguasai motor.

Kemudian rajin-rajinlah menabung dan cari duit sendiri. Kejarlah YSuku itu demi cita-citamu!!! Dengarlah nasihat juara dunia MotoGP lapan kali gais!

BACA >>> Juara MotoGP 2019 Sah Milik Marquez!

2019 MotoGP Cerita Marc Marquez Marc Marquez MotoGP roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    GrabX2026: Grab Lancar 13 Ciri AI, Sasar Jadi Pembantu Harian Lebih Pintar di Asean

    08/04/2026
    JPJ Negeri Sarawak sita Ferrari ultra-terhad
    Auto Terkini

    Op Luxury: JPJ Sarawak Sita Ferrari ‘Ultra-Terhad’

    08/04/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Jorge Martin Jangka Ducati ‘Kembali Normal’, Mampu Bangkit Semula

    08/04/2026
    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.