Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Naik Taraf Lesen B2, B1 Jadi Kelas B Penuh Mula 1 Oktober 2024
Auto Terkini

Naik Taraf Lesen B2, B1 Jadi Kelas B Penuh Mula 1 Oktober 2024

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/08/20243 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat pemegang lesen motosikal Kelas B2 dan B1 yang ingin menaik taraf lesen kepada Kelas B Penuh (B Full). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan perubahan Kelas B2 dan B1 boleh dibuat bermula 1 Oktober 2024.

Bagaimanapun, pemohon atau pemegang Lesen B2 dan B1 perlu menjalani satu program khas ditetapkan Kementerian Pengangkutan (KPM) untuk peralihan lesen kepada Kelas B Penuh.

Berikut syarat ditetapkan untuk dipenuhi terlebih dulu sebelum menerima Lesen B Penuh:

  • Pemohon perlu memiliki lesen B2 atau B1 secara aktif dalam tempoh tidak kurang 10 tahun. Ini bertujuan memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan motosikal pemegang lesen.
  • Pemohon perlu bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333 (Akta Pengangkutan Jalan).
  • Mengesahkan sihat tubuh badan, fizikal dan minda. Ini dibuat secara deklarasi kendiri.
  • Hadir dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut-institut memandu (IM).
  • Ini termasuk program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar. Tempoh masa latihan amali ini cuma dua jam!
  • Jika selesai semua proses di atas, penentu layak berubah lesen B2 atau B1 kepada B Penuh terletak di tangan Pegawai Terlatih Bertauliah (QTO) iaitu seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

KALAU TAK LULUS LATIHAN AMALI?

  • Pemohon yang gagal latihan amali dua jam itu perlu mengambil balik semula latihan berkenaan dengan bayaran sama.
  • Latihan amali cuma dibenarkan sekali dalam sehari, kalau gagal perlu ulangi pada hari lain.

BERAPA ANDA PERLU BAYAR?

  • Bayaran RM160 untuk program khas naik taraf lesen yang sudah termasuk bayaran RM10 kepada JPJ.
  • Harga siling program peralihan yang ditetapkan kepada institut memandu ialah RM150. Baki RM10 itu adalah bayaran kepada JPJ.
antthony loke autoterkini naik taraf lesen B Full roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026

3 Comments

  1. Hadzri on 02/08/2024 14:41

    Pemegan lesen B2/B1 sudah lebih 35 tahun,umur pun sudah 60 ke 70 tahun dah,diharap pihak berkaitan kementerian pengakutan ambil maklum kepada mereka mereka ini,diberikan lesen B penuh kepada mereka tanpa ada ujian amali.

    Reply
  2. Zull Haron on 02/08/2024 14:58

    loke memang penoh dgn idea2 yg vaik dan utk raayat. namun ada ramai juga mentri yg dok diam tak tahu bak buat apa hanya nengabis duit raayat je
    TERUSKAN PAKCIK LOKE. DO THE BEST FOR RAAYAT.

    Reply
  3. Mat Ali bin Haji Ajid on 02/08/2024 15:06

    Sepatut nye kena kurangkan lagi smpai rm40@60 bkn rm150, sbb sudah ada lesen B2 selepas 50tahun bukan 10tahun baru ada lesen kereta ngan motor, harapan agar di berikan diskaun kepada yang ada lesen B2/D untuk mendapat lesen B full

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.