Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Lucky Explorer 9.5, Lucky Explorer 5.5 (2022) Lancar
Roda2

MV Agusta Lucky Explorer 9.5, Lucky Explorer 5.5 (2022) Lancar

WahidBy Wahid25/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI pernah menyiarkan berita MV Agusta bakal melancarkan dua model advencer sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 sedang berlangsung kini.

Dua model itu sudah pun ditayangkan kepada media semalam, dikenali sebagai Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5. Kedua-duanya motosikal advencer pertama MV Agusta yang sinonim dengan sportbike.

Kedua-dua model menggunakan skema warna Lucky Explorer (Lucky Strike) yang pernah digunakan Cagiva Elefant yang bersaing dalam kejuaraan Rali Paris-Dakar era 90-an lalu dan menjadi juara rali tersebut pada 1990 dan 1994.

Berikut spesifikasi dan ciri Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5:

MV Agusta Lucky Explorer 9.5

  • Lebih premium dengan menumpukan aspek  tunggangan off-road.
  • Dijana enjin 3-silinder sebaris 931cc DOHC penyejukan cecair dan minyak dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 125hp @ 10,000rpm dan tork 102Nm @ 7,000rpm.
  • Radiator dibahagi kepada dua bahagian.
  • Transmisi dilengkap bantuan aktuasi elektronik, sistem klac pintar Smart Clutch System dan Quickshifter.
  • Koil pembakaran dengan sensor ketukan dan misfire, bermaksud model ini boleh dibawa ke kawasan yang tiada sumber petrol berkualiti tinggi.
  • Fork terbalik (USD) Sachs 50mm dengan kawalan elektronik dan jarak travel 218mm di depan.
  • Monoshock Sachs ELECTRO-NIC dengan kawalan elektronik, dan jarak travel 210mm di belakang.
  • Rim 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang).
  • Brek depan dengan dwi-kaliper Brembo Stylema dan cakera 320mm.
  • Ciri elektronik seperti sistem kawalan enjin MVICS untuk mod enjin dan kawalan traksi 8-tahap.
  • ABS Selekoh yang mengikut sudut miring motosikal.
  • Panel meter TFT 7 inci dengan sambungan Bluetooth dan Wi-Fi.
  • Ada kawalan jelajah (cruise control).
  • Ada sensor navigasi (GPS).
  • Lampu jenis LED penuh.
  • Berat kering 220kg.
MV Agusta Lucky Explorer 5.5

  • Walaupun memiliki penampilan off-road, model ini lebih menumpukan tunggangan atas jalan raya biasa yang berturap.
  • Enjin 2-silinder sebaris 554cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 47.6hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 51Nm @ 5,500rpm, dihasilkan bersama QJMotor (pembuat Benelli).
  • Fork terbalik (USD) KYB 43mm dengan jarak travel 135mm di depan.
  • Monoshock KYB dengan damper progresif di belakang.
  • Brek depan dengan dwi-kaliper Brembo 4-piston.
  • Road depan 19-inci, roda belakang 17-inci.
  • Panel meter TFT 5 inci dengan sambungan Bluetooth.
  • Lampu jenis LED penuh.
  • Berat kering 220kg.

MV Agusta belum mendedahkan harga dua model advencer itu. Ramai peminat jenama Itali itu mengharapkan harganya  berpatutan dan tidak semahal model lain.

MV Agusta Lucky Explorer 9.5
MV Agusta Lucky Explorer 5.5
MV Agusta MV Agusta Lucky Explorer 5.5 MV Agusta Lucky Explorer 9.5 Pamera Motosikal Milan (EICMA) 2021
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.