Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Dragster 800 RR Kini di Malaysia – Harga RM116k
Roda2

MV Agusta Dragster 800 RR Kini di Malaysia – Harga RM116k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/07/2017
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA tahu, MV Agusta kini sudah bertukar hak pengedar kepada syarikat lain, iaitu Moto Varese Asiatic Holdings Sdn Bhd (MVAH) selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia. Bagi memulakan momentum jualan model itu di pasaran tempatan, pihak MVAH membawa masuk enam model permulaan. Menurut Pengarah Urusan MVAH, Mohamad Zamry Abu Samah, semua model yang dijual adalah berasaskan versi pemasangan tempatan (CKD).

Optimis dengan pasaran motosikal berkuasa besar, MVAH merancang memasarkan enam lagi model tambahan menjelang hujung tahun ini dengan mempelbagaikan pilihan segmen.

Sempena majlis pelancaran MV Agusta Malaysia Life Style Center, pihak MVAH turut memperkenalkan model Dragster 800RR (2017).

Pastinya versi RR menawarkan kuasa berprestasi tinggi berserta tunggangan mengagumkan. Sebagai makluman, lencana RR hanya disediakan khas buat motosikal 4-silinder milik MV Agusta. Namun, kebelakangan ini MV Agusta mula membuka status lencana RR kepada enjin 3-silinder.

KELEBIHAN  MV AGUSTA DRAGSTER 800RR

1. ENJIN
  • Enjin 798cc itu hanya seberat 52kg, dan dibina sekompak mungkin. Enjin 3-silinder sebaris itu mengoptimumkan agihan berat, manakala penggunaan aci engkol lawan putaran berupaya meningkatkan prestasi dinamik.
  • Kuasa 140hp @ 13,100rpm dicapai hasil rekaan semula kotak udara dan sistem ekzos lebih efisien.
  • Perubahan turut dilakukan pada suntikan elektronik yang kini dilengkapi 6 sistem suntikan (dua setiap silinder, berbanding satu suntikan). Hasilnya, hantaran kuasa linear pada rev rendah dan ledakan kuasa pada rev tinggi. Tork juga meningkat daripada 81Nm kepada 86Nm.
  • Rekaan semula komponen baru seperti peredam harmoni, rantai klac mekanikal, aci sesondol dan injap material baharu yang menyumbang kepada pengurangan tekanan dan getaran.
  • Bunyi bising dikurangkan pada bahagian sisi enjin yang turut berfungsi sebagai pelindung enjin. Aci lawan atau countershaft, penghidup motor dan pemacu gear utama pula bertujuan meningkatkan  keutuhan.
  • Transmisi 6-kelajuan dikekalkan, cuma rekabentuk gear dikemas kini semula supaya anjakan gear lebih lancar.
2. ELEKTRONIK
  • Dilengkapi Kawalan Traksi (TRC) 8-tahap yang berfungsi meningkatkan daya cengkaman ketika di selekoh.
  • Menampilkan ciri generasi kedua Sistem Kawalan Bersepadu Motor dan Kenderaan (Motor & Vehicles Integrated Control System – MVICS), Ride-by-Wire dengan tiga mod tunggangan – Normal, Sport, dan Rain – yang boleh dikawal daripada panel hendal.
  • Mod kustom membolehkan pemilik mengatur sendiri respon enjin, pengehad rev, respon tork, sensitiviti pendikit dan brek enjin.
  • Dragster 800RR turut digabungkan dengan Quickshifter EAS 2.0 yang membolehkan tukaran gear dibuat tanpa menarik klac tangan.
3. CASIS
  • Rangka tiub keluli trellis ALS dengan gabungan profil aluminium ringan pada zon belakang sebagai pivot bagi lengan ayun.
  • Dilengkapi peredam stereng CRC boleh laras yang mengikut kesesuaian prestasi tunggangan atas trek dan jalan raya.
  • Berat jentera 168kg ialah sumbangan penggunaan material karbon dan aluminium pada beberapa bahagian badan Dragster 800RR.
  • Menggunakan rim aloi aluminium 17-inci.
  • Keselesaan tunggangan dipadankan suspensi terbalik Marzocchi yang diperbuat daripada material karbon seperti berlian (Diamond Like Carbon – DLC) dengan diameter 43mm. Bahagian belakang menggunakan lengan tunggal (single arm) aluminium aloi bersama absorber tunggal atau monoshock.
4. HARGA
  • Spesifikasi Euro4, harga atas jalan RM116,000 seunit.
5. PILIHAN WARNA
  • Putih/merah
  • Merah/hitam
  • Kuning/hitam
6. WARANTI
  • 2 tahun bersama perbatuan tanpa had.

GALERI

Moto Varese Asiatic Holdings Sdn Bhd (MVAH) MV Agusta MV Agusta Dragster 800 RR roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.