Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mustapa: Negara Perlu 6 Bulan untuk Ekonomi Pulih Semula
Auto Terkini

Mustapa: Negara Perlu 6 Bulan untuk Ekonomi Pulih Semula

Han OthmanBy Han Othman30/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN menjangka tempoh pemulihan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan selepas krisis Covid-19 berakhir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya, keadaan tidak akan kembali pulih dengan kadar segera, dan sasaran tempoh tersebut dilihat wajar.

“Disebabkan itu, segala pembayaran, seperti hutang bank, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ditangguhkan enam bulan, jadi itulah jangkaan kita. Kita doakan begitu, maka sudah pasti kita perlu cari strategi lain untuk memulihkan keadaan,” katanya.

BACA >>> Covid-19: Rider FoodPanda PJ Beri Makanan kepada Barisan Depan Negara

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini. Menurutnya lagi, ada banyak sektor termasuk sektor pelancongan, perhotelan, peruncitan dan pelaburan terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Sektor pelancongan umpamanya, orang tidak akan datang serta-merta ke Malaysia, jadi kita perlu membuat promosi yang agak agresif,” katanya.

Menurut Mustapa, ada sesetengah negara terjejas Covid-19 menjangka negara mereka akan mengambil masa sekurang-kurangnya sembilan bulan hingga setahun utnuk membangunkan semula ekonomi masing-masing.

Kerajaan juga sedia mengadakan perbincangan dan menerima cadangan daripada sebahagian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang mendakwa tercicir daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Ketika ini, terdapat kira-kira 907,000 usahawan tempatan di seluruh negara.

“Ia bilangan yang besar dan sudah pasti di luar kemampuan Kerajaan. Apapun Kerajaan sentiasa terbuka kerana PKS ini peranannya besar iaitu lebih 60 peratus yang bekerja dalam sektor PKS.

“Adalah penting Kerajaan sentiasa berbincang dalam Majlis Tindakan Ekonomi, insya-Allah, bagi tingkatkan lagi libat urus dengan pihak-pihak berkenaan,” katanya.

BACA >>> Covid-19: Tak Nak Patah Balik, Siap Ajak Polis Bertumbuk

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Bernama TV Covid-19 Datuk Seri Mustapa Mohamed Ekonomi Negara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Perusahaan Kecil dan Sederhana Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) PKS PRIHATIN Ruang Bicara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.