• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MRT Putrajaya Fasa 1 Tak Jadi Buka, Kena Uji Lagi

MRT Putrajaya Fasa 1 Tak Jadi Buka, Kena Uji Lagi

November 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu terpaksa ditunda kerana dikatakan ujian masih belum lengkap. Laluan tren berbayar itu sepatutnya bermula bulan ini.

Penangguhan itu nampaknya berlarutan hingga tahun depan yang asalnya dijadualkan siap sedia digunakan menjelang suku kedua 2022.

BACA >>> Fasa Dua MRT Putrajaya 93 Peratus Siap, Dijangka Operasi Januari 2023

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim berkata;

Tren MRT mencatatkan lebih 3,000 jam operasi percubaan dan mengumpul banyak data. Selepas meneliti data itu, kami mendapati antara beratus-ratus modul sistem dilaksanakan, dua modul perlu diperhalusi lebih lanjut.

"Kami perlu memastikan semua lapisan sistem primer, sekunder dan ketiga stabil sebelum dapat mengambil alih aset ini dan meluluskannya untuk operasi.”

Operasi percubaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu bermula sejak 29 April tahun ini. Pembukaan laluan itu pernah ditunda dari Ogos ke pertengahan November tahun ini.

Sebanyak 16 tren sudah diuji beroperasi antara Stesen MRT Kwasa Damansara dan Stesen MRT Kampung Batu dengan kondisi perkhidmatan penuh, tetapi tanpa penumpang dan dalam simulasi operasi sebenar.

Mohd Zarif berkata, pihak MRT juga menjalankan banyak operasi percubaan termasuk pemeriksaan terperinci akhir. Menurutnya, penambahbaikan subsistem diperlukan untuk menyelesaikan isu data tertiari, memastikan perkhidmatan dapat beroperasi dalam keadaan baik.

Kami tiada pilihan lain kecuali menangguhkan pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

"Justeru, MRT Corp tidak dapat mengambil alih aset MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu daripada kontraktor serah kunci yang dilantik;" katanya.

BACA >>> Hantu Ju On Muncul di Stesen MRT Pasar Seni Cetus Spekulasi

Laluan Lingkaran MRT3

Mengenai perkembangan terkini projek Laluan Lingkaran MRT3, Mohd Zarif berkata:

Kami sedang memuktamadkan pelan pembiayaan dengan Kerajaan. Beri kami lebih masa untuk memuktamadkan pelan pembiayaan itu dan mungkin diumum awal tahun depan.”

Tender untuk projek itu dijangka dibuka pada suku ketiga 2022.

BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak
BACA >>> Lebih 10 Kenderaan Parkir Tepi Jalan Rosak Kena Gesel Lori
BACA >>> Kereta Saya Hilang di Parkir Berbayar, Bolehkah Minta Ganti Rugi daripada Pengurusan?

SUMBER: Bernama | BHarian

Artikel Berkaitan

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Mohd. Zarif Hashim, Mass Rapid Transit Corporation, MRT Corp, Perkhidmatan Awam, Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, Tren Putrajaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!
    JPJ Lancar Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan Minggu Depan!
  • Thailand Perkenal Dua Warna Baharu Honda Super Cub (2023), Harga RM6.2k!
    Thailand Perkenal Dua Warna Baharu Honda Super Cub (2023), Harga RM6.2k!
  • Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!
    Festival Toyota GAZOO Racing, GR Vios Challenge Hangatkan Litar Sepang 30/09-1/10 Ini, Masuk PERCUMA!!
  • Saintis UK Cipta AES Pintar Mampu Kesan Kenderan Laju Selepas Pandu Perlahan Depan Kamera
    Saintis UK Cipta AES Pintar Mampu Kesan Kenderan Laju Selepas Pandu Perlahan Depan Kamera

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my