• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal Honda Terjual 4,700 Unit Sepanjang Sebulan di Jakarta Fair Kemayoran (JFK)

Motosikal Honda Terjual 4,700 Unit Sepanjang Sebulan di Jakarta Fair Kemayoran (JFK)

June 24, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


MENURUT laporan NaikMotor, sebanyak 4,700 unit motosikal Honda terjual sepanjang Jakarta Fair Kemayoran (JFK) 2019 setakat ini. Jualan sempena karnival yang berlangsung bermula 22 Mei hingga 30 Jun itu dijangka meningkat dengan kehadiran model skuter Honda baharu, Genio.

Daripada keseluruhan jualan, PCX Premium ialah penyumbang terbesar dengan rekod 1,800 unit, dan disusuli Scoopy (1,100 unit). Menurut wakil jualan Honda Jakarta Tangerang, PT Wahana Makmur Sejati (WMS), angka jualan itudapat dicapai berdasarkan hasil dan kualiti produk serta layanan terbaik, termasuk sokongan selepas jualan ditawarkan Honda.

BACA >>> Honda Riding Assist-e Mampu Elak Penunggang Jatuh Motor, Boleh Seimbang Sendiri

Honda Genio
Motor Honda Indonesia_2
jakarta-fair-kemayoran-2019-logo

Pasaran Indonesia yang besar membolehkan pengguna di negara jiran itu menikmati pelbagai tawaran produk menarik. Sebagai perbandingan, rekod jualan motosikal di Indonesia dalam sebulan adalah menyamai rekod jualan setahun di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah kenapa pengedar dan pengeluar di sana lebih ligat memperkenalkan model-model baharu dan terkini berbanding Malaysia.

BACA >>> Skuter Comel Honda Genio Lancar di Indonesia, Harga Bermula RM5K Sahaja

Contohnya, wakil pengedar rasmi Honda di Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM) menawarkan 12 model skuter, sebaliknya Malaysia menerusi Boon Siew Honda (BSH)  tidak sampai separuh daripada jumlah produk tersebut. Bagaimanapun, pasaran motosikal Malaysia begitu popular dengan segmen kapcai dengan tawaran enam produk berbanding empat di Indonesia.

Inilah apa perlu diterima pengguna Malaysia yang mana pengeluar perlu bermain dengan jumlah pengeluaran jika mahu membawa masuk sesebuah produk baharu. Ini kerana pasaran kita tidak begitu besar, apatah lagi pengguna Malaysia yang lebih cenderung memandang satu jenama sahaja. You know what i mean...

Tepuk dada, tanya selera. Anda sebagai pembeli dan pengguna yang boleh mencorakkan trend pasaran dua roda Malaysia!

BACA >>> Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Boon Siew Honda (BSH), Honda Genio, honda motor, Honda PCX, Honda Scoopy, Jakarta Fair Kemayoran (JFK), jualan, PT Astra Honda Motor (AHM), PT Honda Prospect (HPM), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
    Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
  • Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut
    Kajian: Kereta Putih Paling Popular di Dunia untuk 10 Tahun Berturut-Turut

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my