Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2025: Marquez Juara MotoGP Kali ke-7, Sama Rekod Rossi!
Auto Terkini

#MotoGP2025: Marquez Juara MotoGP Kali ke-7, Sama Rekod Rossi!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025

PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez sah bergelar juara dunia MotoGP 2025 selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Grand Prix (GP) Jepun di Motegi.

Dalam aksi di Negara Matahari Terbit itu, rakan sepasukan, Francesco Bagnaia meraih podium pertama, manakala ketiga,

Kebangkitan Selepas Enam Tahun Derita

Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025

Kali terakhir Marquez memenangi kejuaraan dunia ialah 2019. Namun karier pelumba Sepanyol itu terjejas teruk selepas mengalami kecederaan serius lengan kanan pada musim 2020. Sejak itu, beliau terpaksa melalui empat pembedahan besar antara 2020 hingga 2022, selain dua kali mengalami masalah penglihatan (diplopia).

Ditambah prestasi jentera Honda tidak kompetitif, Marquez akhirnya memutuskan meninggalkan Honda pada 2023 untuk menyertai pasukan satelit, Gresini Ducati pada 2024. Beliau kemudian ditawarkan ke pasukan pengilang Ducati untuk musim 2025. Sejak itu, prestasinya kembali pulih dan mula mendominasi MotoGP.

Musim Dominan Bersama Ducati

Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025

Sepanjang tahun ini, Marquez kembali konsisten dengan 11 kemenangan GP dan 14 kemenangan Sprint daripada 17 pusingan, manakala kejuaraan dunia dikunci awal dengan kelebihan 201 mata.

Di Motegi, Marquez bermula dari petak ketiga dan mengambil masa 10 pusingan memintas Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) bagi kedudukan kedua.

Bagnaia yang bermula dari grid pertama sudah jauh di depan dengan jurang lebih 3 saat.Walaupun jentera Bagnaia kelihatan berasap di penghujung perlumbaan, beliau mengekalkan kedudukan hingga garisan penamat, dengan meninggalkan Marquez 4.196 saat di belakang.

Catatan Bersejarah Marquez

Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025

Dengan kejayaan itu, Marquez kini memiliki rekod:

  • Tujuh kali juara dunia MotoGP, menyamai rekod legenda Valentino Rossi
  • Hanya tinggal satu gelaran untuk menyamai rekod lapan kali juara dunia Giacomo Agostini
  • Penunggang pertama memenangi kejuaraan kelas premier selepas tempoh enam tahun
  • Menjadi juara dunia keempat Ducati selepas Casey Stoner, Bagnaia dan Jorge Martin

Keputusan MotoGP Jepun 2025

  1. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)
  2. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
  3. Joan Mir (Honda HRC Castrol)
  4. Marco Bezzecchi (Aprilia Factory Team)
  5. Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46)
  6. Alex Marquez (BK8 Gresini Ducati)
  7. Raul Fernandez (Aprilia Trackhouse)
  8. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha)
  9. Johann Zarco (LCR Honda)
  10. Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Ducati)

Joan Mir turut mencatat sejarah peribadi apabila menaiki podium kali pertama sebagai pelumba Honda HRC Castrol. Sementara itu, Alex Marquez sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keenam tanpa mampu menghalang abangnya dinobat juara dunia.

SUMBER: Crash.net

Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
Marc Marquez juara MotoGP Jepun 2025
2025 MotoGP GP Jepun 2025 Juara Dunia MotoGP Marc Marquez MotoGP MotoGP 2025 sukan permotoran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
    Auto Terkini

    Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Hajiji: Kajian Semula Subsidi Diesel Bergantung Kepada Krisis Tenaga Global

    06/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Hybrid Done Right’, Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

    06/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.