Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2020: Tiada Aksi GP Malaysia Tahun Ini!
Auto Terkini

#MotoGP2020: Tiada Aksi GP Malaysia Tahun Ini!

AryonBy Aryon01/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGENDALI sukan permotoran, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports dalam satu kenyataan bersama mengumumkan membatalkan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun ini.

GP Malaysia dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November ini, tetapi terpaksa dibatalkan berikutan krisis Covid-19. Dua lagi pusingan GP yang turut dibatalkan adalah di Argentina dan Thailand.

Justeru badan pengendali sukan permotoran itu memutuskan menambah pusingan GP di Eropah dalam kalendar Kejuaraan MotoGP sepanjang 20-22 Nov, tetapi masih belum diputuskan.

Dorna Sports sebagai pemegang ekslusif komersial dan hak siaran MotoGP sebelum ini sudah memulakan perbincangan dengan pihak Argentina dan Malaysia mengenai tarikh sesuai bagi perlumbaan musim 2021 untuk dicadangkan kepada FIM, termasuk merancang kehadiran peminat ke litar.

Persetujuan turut dicapai dengan Litar Chang di Buriram, Thailand untuk berada dalam kalendar perlumbaan hingga 2026. Di Malaysia, penganjuran Kejuaraan MotoGP sejak 1999 berjaya menarik lebih 100,000 penonton sepanjang minggu perlumbaan dalam beberapa edisi sebelum ini.

EZPELETA KECEWA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta mengakui ketiadaan ketiga-tiga perlumbaan itu dalam kalendar 2020 sangat memberi kesan kerana peminat setia sukan permotoran yang sering mengembara ke seluruh benua untuk menyaksikan perlumbaan.

“Ketibaan peminat di Termas de Rio Hondo (Argentina), Buriram dan Sepang sangat luar biasa, sentiasa mencetuskan suasana dan sambutan luar biasa terhadap sukan ini. Kami sangat berharap dapat kembali ke Thailand, Argentina dan Malaysia tahun depan dan seperti biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas kesabaran dan pengertian mereka,” katanya.

Sementara itu, CEO SIC, Azhan Shafriman Hanif yang jelas kecewa dengan pembatalan GP Malaysia buat pertama kali sejak 20 tahun, berharap dapat kembali lebih hebat dalam kalendar 2021.

“Kami sangat berharap untuk menyaksikan aksi perlumbaan di tanah air, terutama pelumba negara seperti Kasma Daniel, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan Petronas Sepang Racing Team yang bermula baik musim ini. Bagaimanapun, dengan situasi penularan COVID-19, keselamatan semua adalah keutamaan, kami tidak mahu mempertaruhkan kesihatan peminat.

“Saya percaya ini menjadi berita sedih buat peminat Malaysia dan seluruh dunia yang membantu menjayakan perlumbaan sehingga hari ini. Kami menyaksikan peningkatan jumlah penonton GP Malaysia pada setiap tahun dan kami berterima kasih kepada semua peminat dan rakan kongsi atas sokongan yang diberikan.

“Perkara terbaik dilakukan sekarang ini adalah terus menyokong pelumba dan pasukan negara yang masih bertanding dalam perlumbaan,” katanya dalam kenyataan berasingan oleh SIC.

GP Malaysia adalah venue paling lama di Asia Tenggara sejak 1991, menyaksikan SIC menjadi venue tetap dalam kalendar setelah berpindah dari Litar Shah Alam dan Johor pada 1999.

SIC adalah antara litar terpanjang dan mencabar dalam musim perlumbaan dan menjadi salah satu litar kegemaran ramai pelumba dan pasukan. Litar sepanjang 5.543km turut menganjurkan pelbagai perlumbaan klasik dan menyediakan pengalaman unik kepada peminat sukan permotoran.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Azhan Shafriman Hanif Carmelo Ezpeleta Covid-19 GP Malaysia Litar Antarabangsa Sepang (SIC) MotoGP 2020
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.