Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2020: Kejutan Lagi, Giliran Oliveira Pula Beri Podium Juara Buat KTM!
Auto Terkini

#MotoGP2020: Kejutan Lagi, Giliran Oliveira Pula Beri Podium Juara Buat KTM!

AryonBy Aryon23/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS rookie Brad Binder menghadiahkan podium juara pertama kepada pasukan pengilang Red Bull KTM Factory, kini giliran Miguel Oliveira pula memberikan kemenangan buat pasukan satelit dari Austria itu, Red Bull KTM Tech3 di GP Styria di Litar Red Bull Ring.

Malah, KTM turut meraih podium ketiga menerusi Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory) yang berentap sengit dengan pelumba Pramac Ducati, Jack Miller hingga selekoh akhir.

BACA >>> #MotoGP2020: Binder Beri KTM Juara Pertama, Morbidelli Raih Podium Sulung!

Perlumbaan asal terpaksa dihentikan berikutan kemalangan menimpa Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) yang mengalami masalah kegagalan brek pada kelajuan 230kmj di selekoh pertama hingga langsung memusnahkan jenteranya. Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu tidak mengalami kecederaan.

Sebelum perlumbaan dihentikan,  pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir mendahului barisan pelumba depan, disusuli Takaaki Nakagami (LCR Honda) dan Miller. Namun, dia tidak dapat menukar tayar depan baharu apabila perlumbaan dimulakan semula ketika ramai pelumba lain mula menukar tayar belakang daripada medium kepada lembut.

Pelumba Reale Avintia, Johann Zarco, yang tidak dapat menyertai sesi latihan bebas Jumaat lalu, selepas baru pulih daripada pembedahan pergelangan tangan kanan, asalnya mempamerkan aksi mengejutkan pada sesi kelayakan dengan mendapat kedudukan ketiga.

Bagaimanapun, dia perlu bermula di lorong pit kerana dikenakan penalti atas insiden kemalangan melibatkan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) yang berlaku di GP Austria, minggu lalu. Miller pula mengalami kecederaan bahu kerana terjatuh pada sesi kelayakan.

Duo pasukan satelit Yamaha, Fabio Quartararo dan Morbidelli sekadar menamatkan saingan di tempat ke-13 dan 15, manakala Valentino Rossi kesembilan yang juga kedudukan terburuk diperolehnya setakat musim 2020 ini.

BACA >>> Rossi Geram dengan Zarco Sebab Sengaja 'Brek Depan Muka' Morbidelli

KEPUTUSAN GP STYRIAN MOTOGP 2020
  1. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) 16m 56.025s
  2. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) +0.316s
  3. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) +0.540s
  4. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +0.641s
  5. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +1.414s
  6. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +1.450s
  7. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +1.864s
  8. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* +4.150s
  9. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +4.517s
  10. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +5.068s
  11. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) +5.918s
  12. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +6.411s
  13. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) +7.406s
  14. Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) +7.454s
  15. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +10.191s
  16. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +10.524s
  17. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +11.447s
  18. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +11.943s
  19. Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) +12.732s
  20. Michele Pirro ITA Pramac Ducati (GP20) +14.349s
  21. Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) +14.548s
  • Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) DNS

* Rookie

Auto Terkini GP Styria Kejuaraan Dunia MotoGP Miguel Oliveira MotoGP 2020 Red Bull KTM Tech3 Red Bull Ring roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.