Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MotoGP Ganti Kemeriahan F1 Sebagai Sukan Permotoran Nombor Satu Malaysia?
Auto Terkini

MotoGP Ganti Kemeriahan F1 Sebagai Sukan Permotoran Nombor Satu Malaysia?

AryonBy Aryon06/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERLUMBAAN Formula Satu (F1) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lalu adalah yang terakhir di Malaysia. Walaupun Kerajaan menyatakan tidak mengetepikan kemungkinan F1 akan dikembalikan semula ke negara ini, tetapi rasanya acara tahunan berprestij itu tidak akan berlaku dalam tahun-tahun terdekat ini.

Ini bermakna peranan acara perlumbaan nombor satu di SIC itu bakal digantikan dengan MotoGP, yakni siri perlumbaan motosikal paling berprestij dunia.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali berkata, F1 ialah produk yang hebat sebelum ini.

Kini sudah tidak bagus lagi. Kami bayar kurang untuk MotoGP dan saya fikir pendedahan yang negara terima ialah lebih atau kurang sama seperti F1.”

Tourism Malaysia melaporkan Putrajaya membelanjakan sekitar AS$75 juta (RM317 juta) setahun untuk menganjurkan perlumbaan F1. Sebaliknya kos untuk MotoGP cuma sekitar AS$10 juta (RM42.28 juta) dan itu membolehkah harga tiket yang lebih murah dijual kepada pengunjung.

Malah, jumlah penonton MotoGP di Malaysia meningkat dengan baik daripada 65,000 pada 1999 kepada 161,553 pada tahun lalu. Sebagai perbandingan, kehadiran F1 jatuh kepada 83,828 orang, tahun lalu berbanding 126,690 orang yang dicatatkan, 2008.

Menurut WSJ, Malaysia memerlukan jumlah kehadiran sekurang-kurangnya 100,000 penonton untuk mendapatkan pulangan modal.  Bagaimanapun, acara F1 minggu lalu berjaya menarik kunjungan 110,000 penonton dan peningkatan tersebut dikatakan banyak dibantu harga tiket selepas diskaun.

17 GP Malasia 27, 28, 29 y 30 de octubre de 2016. Circuito de Sepang.MotoGP, motogp, mgp, MGP, Mgp

CEO Dorna Sports SL, Carmelo Ezpeleta yang berpangkalan di Madrid dan memegang hak komersil MotoGP berkata, populariti perlumbaan motosikal di SIC adalah berpunca daripada pertumbuhan pesat budaya bermotosikal di negara-negara Asia.

Kehidupan dengan dua roda sudah jadi satu cara hidup di sana. Saya fikir situasi tersebut mewujudkan suasana yang mesra dengan sukan motor di kalangan peminat yang tidak dikongsi sukan-sukan permotoran lain.”

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini membuat kenyataan bahawa SIC tidak akan diabaikan begitu sahaja dan menjadi projek gajah putih, termasuk sedia menimbangkan semula penganjuran F1 suatu hari nanti. SIC adalah antara litar yang sangat popular dan digemari ramai pelumba  dari segi seksyen teknikal, peluang memotong lawan dan laluan panjang yang membolehkan pelumba memecut jentera dalam kelajuan tinggi.

SUMBER: RideApart

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Datuk Seri Najib Razak F1 Formula Satu (F1) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) MotoGP motosikal roda2 SIC
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026

    1 Comment

    1. nik on 07/10/2017 12:17

      MOTOGP , tak sehebat daripada F1 …kerana F1 ni banyak aspek cth salah satu teknologi. Teknologi sentiasa berubah , tak kira dari enjin sampai menjadi sebuh kereta. Jadi dengan itu juga boleh guna pakai pada kereta Commercial di luar sana.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.