Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam06/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Moto Morini Alltrhike 450

PENGEDAR dan pemasang motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan motosikal advencer middleweight terbaharu, Moto Morini Alltrhike 450 untuk pasaran Malaysia.

Model itu dibangunkan bagi penunggang yang mahukan keseimbangan antara keupayaan jelajah jauh, pengendalian stabil dan kemampuan meredah laluan mencabar dalam satu pakej lengkap.

Ditawarkan pada harga RM28,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, Alltrhike 450 hadir dalam piihan tiga warna: Earth Grey (kelabu), Stone Black (hitam) dan Brave White (putih).

Enjin 2-Silinder 449cc

Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450

Moto Morini Alltrhike 450 dikuasakan enjin 4-lejang 2-silinder 449cc DOHC penyejukan cecair dengan 8-injap yang menghasilkan output kuasa 33kW (44.2hp) @ 8,000rpm, dan tork 42Nm @ 6,500rpm.

Unit enjin itu mempunyai nisbah mampatan 11.5:1 dengan ukuran gerek dan lejang 72mm x 55.2mm.

Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Slipper Clutch bagi memastikan anjakan gear lebih lancar dan stabil, terutama ketika membrek agresif.

Kapasiti tangki petrol 18.5 liter membantu memberikan jarak tunggangan lebih jauh yang menjadikan model advencer itu sesuai untuk tunggangan jelajah jarak jauh atau kembara ringan.

Suspensi KYB, Rim Jejari 21 Inci

Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450

Sistem suspensi Moto Morini Alltrhike 450 menggunakan fork terbalik (USD) KYB boleh laras penuh di depan, dan monoshock KYB boleh laras pra-beban dan redaman lantunan bagi memastikan keselesaan serta kestabilan atas pelbagai jenis permukaan jalan.

Motosikal itu turut menggunakan rim jejari 21 inci dengan tayar 90/90-R21 (depan), dan 18 inci dengan tayar 140/70-R18 (belakang).  Kombinasi itu memberikan kelebihan ketika tunggangan off-road dan laluan tidak rata.

Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal J.Juan jenis apung  (depan) dan brek cakera tunggal (belakang), yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran boleh nyah aktif untuk tunggangan di laluan tidak turap.

Dimensi Sesuai Adventure Touring

Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450

Moto Morini Alltrhike 450 memiliki dimensi panjang 2,285mm, lebar 855mm dan tinggi 1,350mm, manakala jarak roda 1,525mm dengan tinggi pelana 850mm dan jarak tinggi bumi 215mm.

Berat kering ialah 190kg yang memberikan keseimbangan antara kestabilan dan kawalan mudah. Swingarm belakang dan bar hendal turut menggunakan bahan aloi aluminium bagi membantu mengurangkan berat keseluruhan.

Paparan TFT, TCS dan Mod Off-Road

Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450

Moto Morini Alltrhike 450 dilengkapi panel meter TFT 6 inci dengan konektiviti Bluetooth dan integrasi aplikasi melalui sistem Carbit Ride serta turut menyediakan port pengecas USB Type-A dan Type-C untuk kemudahan penunggang.

Antara ciri keselamatan dan teknologi ditawarkan ialah Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh nyah aktif dan mod khas Alltrhike Mode yang berfungsi menyah aktif ABS dan TCS untuk kawalan lebih baik ketika tunggangan off-road.

Sistem pencahayaan pula menggunakan lampu LED penuh pada lampu utama jenis projektor dengan lampu siang (DRL), lampu belakang dan lampu signal belok.

Moto Morini Alltrhike 450

Ciri Touring Lengkap

Bagi kegunaan jelajah jarak jauh, Moto Morini Alltrhike 450 didatangkan dengan set kotak simpanan sebagai ciri standard, terdiri daripada dua kotak sisi 34 liter dan 30 liter serta kotak atas (top box) 39 liter.

Selain itu, motosikal itu turut dilengkapi gad tangan, kowl enjin dan visor angin boleh laras bagi meningkatkan perlindungan angin ketika tunggangan jauh.

Setiap pembelian Moto Morini Alltrhike 450 didatangkan dengan waranti pengeluar dua [2] tahun, tanpa had perbatuan dan sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian daripada Mforce Bike Holdings.

Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Moto Morini Alltrhike 450
Auto Terkini MForce Bike Holding Sdn Bhd Moto Morini Allthrike Moto Morini Allthrike 450 motosikal kelas pertengahan Motosikal kembara motosikal kembara kelas pertengahan roda2
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidikfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.