Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Kemenangan Berganda Zamri Baba
Roda2

MOTO: Kemenangan Berganda Zamri Baba

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/04/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Zamri Baba on the SuperSports 600cc Race 2 podium with Yudhistira and Dimas EkkyMOHD Zamri Baba memulakan aksi SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pusingan pertama dengan langkah kanan apabila meraih dua kemenangan sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu tenang menghadapi cabaran apabila menggunakan kelebihan pengalamannya untuk memenangi Perlumbaan 2 dengan masa keseluruhan 27’53.707s. Manakala pelumba dari Indonesia, Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki) cuba memberi tentangan hebat kepada Zamri sebelum akur di tangga kedua dengan masa 27’54.481s.

Tempat ketiga milik Tomoyoshi Koyama dengan masa 27’54.790s setelah Dimas Ekky Pratma (Astra Honda Racing team) dikenakan penalti akibat kesalahan memintas ketika bendera kuning dikibarkan.

Zamri kini mendahului senarai keseluruhan dengan kutipan 45 mata iaitu 11 mata mengatasi rakan sepasukan Yuki Takahasi yang mengumpul 34 mata manakala tangga ketiga dihuni Dimas dengan 24 mata.

Zamri Baba and Yudhistira battling for P1 during the SuperSports 600cc race at SepangUNDERBONE 130CC

Saingan Underbone 130cc pula menyaksikan strategi berpasukan membantu pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor mencatat kemenangan bergaya apabila berjaya bergelar juara bagi kedua-dua perlumbaan akhir.

Ahmad Fazli Sham muncul juara Perlumbaan 1 dengan masa 19’14.112s sambil rakan sepasukan Abd Muhaimin Roslan di tangga ketiga dengan masa 19’17.99s. Pelumba Indonesia Hokky Krisdianto (R7 KYT AHRS SSS Racing Tech) muncul naib juara dengan masa 19’17.966s.

Sementara itu malang menimpa Fazli apabila jenteranya mengalami masalah pada Perlumbaan 2 namun Muhaimin berjaya menggalas tugas apabila muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 19’17.609s.

Norizman Ismail (Harian Metro YTEQ SCK Honda) yang terjatuh pada perlumbaan pertama muncul naib juara dengan masa 19’17.642s sementara juara keseluruhan musim 2014, Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor) ketiga, 19’17.732s.

Muhaimin kini mendahului senarai keseluruhan dengan 41 mata diikuti Hokky kedua, 33 mata dan Fazli ketiga, 25 mata.

Zamri Baba onboard his Honda CBR600RRKATEGORI ADC

Pelumba wanita tunggal dalam kelas Asia Dream Cup (ADC), Muklada Sarapuech membuktikan kehandalan apabila berjaya menjuarai Perlumbaan 2 dengan masa 19’04.764s, hanya 0.016s mengatasi Yusuke Nakamura (Jepun) manakala tempat ketiga milik pelumba Jepun, Hiroki Nakamura yang menamatkan perlumbaan dengan masa 19’04.918s.

Muklada dan Hiroki kini berkongsi kedudukan pendahulu dengan mengumpul 41 mata manakala Yusuke di tangga ketiga dengn 40 mata.

Zamri Baba 52 leading the SuperSports 600cc raceKATEGORI SAC

Saingan Cabaran Suzuki Asia (SAC) pula dimenangi oleh tiga pelumba Indonesia yang bersaing sengit ke garisan penamat dimana hanya 0.004s membezakan diantara juara, Andreass Gunawan dan Adhi Chandra. Andreas menamatkan perlumbaan dengan masa 16’15.754s manakala Adhi, 16’15.758s. Dedi Kurniawan ketiga dengan masa 16’16.257s.

Andreas kini mendahului jumlah pungutan mata dengn 45 mata diikuti Adhi dengan 33 mata dan pelumba Thailand, Patis Chooprathet ketiga, 25 mata.

ARRC Boon Siew Honda Racing Kejuaraan Motosikal Asia FIM Mohd Zamri Baba Sepang
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    13/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.