• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: Kemenangan Berganda Zamri Baba

MOTO: Kemenangan Berganda Zamri Baba

April 22, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Zamri Baba on the SuperSports 600cc Race 2 podium with Yudhistira and Dimas EkkyMOHD Zamri Baba memulakan aksi SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pusingan pertama dengan langkah kanan apabila meraih dua kemenangan sekaligus mendahului kedudukan keseluruhan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu tenang menghadapi cabaran apabila menggunakan kelebihan pengalamannya untuk memenangi Perlumbaan 2 dengan masa keseluruhan 27'53.707s. Manakala pelumba dari Indonesia, Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki) cuba memberi tentangan hebat kepada Zamri sebelum akur di tangga kedua dengan masa 27'54.481s.

Tempat ketiga milik Tomoyoshi Koyama dengan masa 27'54.790s setelah Dimas Ekky Pratma (Astra Honda Racing team) dikenakan penalti akibat kesalahan memintas ketika bendera kuning dikibarkan.

Zamri kini mendahului senarai keseluruhan dengan kutipan 45 mata iaitu 11 mata mengatasi rakan sepasukan Yuki Takahasi yang mengumpul 34 mata manakala tangga ketiga dihuni Dimas dengan 24 mata.

Zamri Baba and Yudhistira battling for P1 during the SuperSports 600cc race at SepangUNDERBONE 130CC

Saingan Underbone 130cc pula menyaksikan strategi berpasukan membantu pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor mencatat kemenangan bergaya apabila berjaya bergelar juara bagi kedua-dua perlumbaan akhir.

Ahmad Fazli Sham muncul juara Perlumbaan 1 dengan masa 19'14.112s sambil rakan sepasukan Abd Muhaimin Roslan di tangga ketiga dengan masa 19'17.99s. Pelumba Indonesia Hokky Krisdianto (R7 KYT AHRS SSS Racing Tech) muncul naib juara dengan masa 19'17.966s.

Sementara itu malang menimpa Fazli apabila jenteranya mengalami masalah pada Perlumbaan 2 namun Muhaimin berjaya menggalas tugas apabila muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 19'17.609s.

Norizman Ismail (Harian Metro YTEQ SCK Honda) yang terjatuh pada perlumbaan pertama muncul naib juara dengan masa 19'17.642s sementara juara keseluruhan musim 2014, Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor) ketiga, 19'17.732s.

Muhaimin kini mendahului senarai keseluruhan dengan 41 mata diikuti Hokky kedua, 33 mata dan Fazli ketiga, 25 mata.

Zamri Baba onboard his Honda CBR600RRKATEGORI ADC

Pelumba wanita tunggal dalam kelas Asia Dream Cup (ADC), Muklada Sarapuech membuktikan kehandalan apabila berjaya menjuarai Perlumbaan 2 dengan masa 19'04.764s, hanya 0.016s mengatasi Yusuke Nakamura (Jepun) manakala tempat ketiga milik pelumba Jepun, Hiroki Nakamura yang menamatkan perlumbaan dengan masa 19'04.918s.

Muklada dan Hiroki kini berkongsi kedudukan pendahulu dengan mengumpul 41 mata manakala Yusuke di tangga ketiga dengn 40 mata.

Zamri Baba 52 leading the SuperSports 600cc raceKATEGORI SAC

Saingan Cabaran Suzuki Asia (SAC) pula dimenangi oleh tiga pelumba Indonesia yang bersaing sengit ke garisan penamat dimana hanya 0.004s membezakan diantara juara, Andreass Gunawan dan Adhi Chandra. Andreas menamatkan perlumbaan dengan masa 16'15.754s manakala Adhi, 16'15.758s. Dedi Kurniawan ketiga dengan masa 16'16.257s.

Andreas kini mendahului jumlah pungutan mata dengn 45 mata diikuti Adhi dengan 33 mata dan pelumba Thailand, Patis Chooprathet ketiga, 25 mata.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, Boon Siew Honda Racing, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Mohd Zamri Baba, Sepang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my