Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moto Guzzi V100 Mandello (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99.9k!
Roda2

Moto Guzzi V100 Mandello (2023) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99.9k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR rasmi Moto Guzzi di Malaysia, Didi Group melancarkan Moto Guzzi V100 Mandello (2023) untuk pasaran Malaysia pada harga RM99,900 untuk varian standard, dan RM117,900 untuk V100 Mandello S.

Perbezaan antara kedua-dua varian model sport-touring ini ialah sistem suspensi. V100 Mandello S mendapat sistem suspensi daripada jenama prestasi tinggi, Öhlins.

Berikut spesifikasi Moto Guzzi V100 Mandello (2023):

Trenkuasa

  • Dijana enjin 90º transverse V-twin 1,042cc DOHC penyejukan cecair dengan output kuasa 115hp @ 8,700rpm, dan tork 105Nm @ 6,750rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan (V100 Mandello S mendapat ciri quickshifter elektronik)
  • Saiz gerek dan lejang 96mm x 72mm
  • Kapasiti tangki petrol 17 liter (termasuk rizab 3.5 liter tangki simpanan)
  • Penggunaan bahan api 4.7 liter per 100km
  • Berat motor 233kg

Casis

  • Frem tubular keluli
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 41mm jenis  boleh laras prabeban (preload) dan lantun semula (rebound) di depan, dan monoshock yang dipautkan pada swingarm sebelah, juga jenis boleh laras prabeban dan lantun semula di belakang.
  • Varian V100 Mandello S dipasangkan fork USD Öhlins Smart EC 2.0 semi-aktif 43mm boleh laras penuh dan monoshock Ohlins Smart EC 2.0 semi-aktif boleh laras penuh.

Brek

  • Brek cakera kembar 320mm dengan kaliper 4-piston Brembo berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Brek cakera tunggal 280mm dengan kaliper 2-piston Brembo berserta ABS Belok (ABS Cornering)
  • Tayar depan 120/70 – R17, tayar belakang: 199/55 – R17

Ciri Lain

  • Sistem aerodinamik adaptif dengan empat mod tunggang: Tour, Rain, Road, dan Sport
  • Visor angin boleh laras elektronik
  • Lampu depan LED dengan lampu siang (DRL)
  • Panel meter digital TFT 5 inci

Warna

Ada empat warna ditawarkan: Bianco Polare (V100 standard), Rosso Magma (V100 standard), Verde 2121 (V100 Mandello S), dan Grigio Avanguardia (V100 Mandello S).

Kedua-dua model diimport dari Itali (CBU) dan kini ditayangkan di bilik pameran rasmi Moto Guzzi di rangkaian Motoplex dan Welly Sungai Buloh.

BACA >>> MotoPlex Butterworth Tawar Piaggo, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi Bawah Satu Bumbung
BACA >>> Moto Guzzi V100 Mandello (2022) dengan Ciri Sistem Aerodinamik Aktif Pertama di Dunia

Didi Group Moto Guzzi Moto Guzzi V100 Mandello (2023) Moto Guzzi V100 Mandello S (2023) Motoplex roda2 sport-touring
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.