• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT: Tiada Pesawat MAS Digantung Operasi, Hanya Dalam Penyelenggaraan Berkala

MOT: Tiada Pesawat MAS Digantung Operasi, Hanya Dalam Penyelenggaraan Berkala

November 20, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menegaskan tiada pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) yang digantung operasi akibat kerosakan atau masalah teknikal.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pesawat yang tidak beroperasi ketika ini hanya terlibat dalam proses penyelenggaraan berkala, selaras piawaian keselamatan dan standard industri penerbangan.

Semua kos pembaikan dan penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya Malaysia Aviation Group (MAG). Tiada perbelanjaan ditanggung Kerajaan,” katanya.

MAG Tanggung Sepenuhnya Kos Penyelenggaraan

Hasbi menjelaskan, sebagai entiti komersial, MAG membuat keputusan operasi, termasuk jadual penyelenggaraan berdasarkan keperluan syarikat, tanpa melibatkan dana Kerajaan.

Penjelasan itu diberikan sebagai respons kepada soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang mahu mengetahui jumlah pesawat tidak beroperasi dan kos ditanggung Kementerian.

Malaysia Ada 4,113 Jurutera Pesawat Bertauliah

Dalam jawapan sama, Hasbi turut memaklumkan Malaysia mempunyai 4,113 jurutera pesawat berkelayakan dan diiktiraf Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Bekiau berkata, Kerajaan komited memastikan sektor penerbangan dan industri Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) terus membekalkan tenaga mahir mencukupi dari segi bilangan dan kepakaran.

Kelewatan Penerbangan Bukan Sebab Masalah Serius

Mengulas kebimbangan mengenai isu kelewatan penerbangan (retime), Hasbi menjelaskan, kebanyakan berpunca daripada:

  • Faktor cuaca
  • Isu teknikal kecil seperti kerosakan tayar

Akhirnya, MOT menegaskan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan, dan semua syarikat penerbangan negara berada dalam kawalan operasi yang baik.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Malaysia Airlines Berhad (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my