Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu
Auto Terkini

MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

SyafieBy Syafie16/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CAAM jadi badan berkanun bebas

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) memperkenalkan garis panduan baharu berkaitan penggunaan kenderaan de-controlled dan kenderaan pikap bagi membawa barangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu bertujuan memberi penjelasan kepada orang awam, pemilik kenderaan serta pemain industri mengenai penggunaan kenderaan berkenaan secara sah dan selamat.

Menurut beliau, garis panduan tersebut juga bertujuan mengelakkan kekeliruan selain memastikan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan secara lebih konsisten oleh agensi berkaitan.

Berkuat Kuasa 1 April

Anthony berkata menerusi garis panduan itu, kenderaan barangan dengan Berat Dengan Muatan (BDM) tidak melebihi 7,500 kilogram dikategorikan sebagai kenderaan de-controlled.

Ini bermakna pemilik atau syarikat boleh menggunakan kenderaan tersebut untuk membawa barangan milik sendiri yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan tanpa perlu mendapatkan permit pengendali daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Garis panduan baharu itu akan berkuat kuasa mulai 1 April, sekali gus memberi tempoh kepada pemilik kenderaan dan syarikat menyesuaikan operasi masing-masing.

Pikap Persendirian Turut Dibenarkan

Garis panduan tersebut turut menjelaskan bahawa kenderaan pikap persendirian dibenarkan membawa barangan milik sendiri selagi muatan diangkut secara selamat dan tidak melebihi had yang ditetapkan.

Selain itu, kerajaan turut mengekalkan kelonggaran pentadbiran kepada pemegang Lesen Memandu Kelas D untuk memandu kenderaan de-controlled dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) sehingga 4,000 kilogram, walaupun had asal lesen berkenaan adalah 3,500 kilogram.

Kelonggaran itu mengambil kira pertambahan berat akibat pemasangan badan kargo atau struktur tambahan pada kenderaan.

Pengangkutan Komersial Masih Perlu Permit

Bagaimanapun, Anthony menegaskan bahawa penggunaan kenderaan untuk membawa barangan milik pihak ketiga bagi tujuan sewa atau upah masih tertakluk kepada peraturan sedia ada.

Dalam keadaan tersebut, pengendali perlu mendapatkan Permit Pembawa A daripada APAD selaras dengan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Menurut beliau, garis panduan baharu ini diharap dapat memudahkan penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) serta mengelakkan penyalahgunaan kenderaan bagi tujuan komersial tanpa permit.

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) kenderaan de-controlled kenderaan pikap
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026
    Mforce lancar semula minyak pelincir Mforce Oil
    Aksesori

    Mforce Lancar Semula Minyak Pelincir Motosikal Sintetik Penuh!

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.