Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Morris Garages (MG) Kembali ke Malaysia dengan MG ZS EV, MG4 Electric
Roda4

Morris Garages (MG) Kembali ke Malaysia dengan MG ZS EV, MG4 Electric

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAIC Motor Malaysia (SAIC Malaysia) mengembalikan semula jenama Morris Garages (MG) ke pasaran tempatan menerusi pelancaran dua model kenderaan bateri elektrik (BEV), iaitu MG ZS EV dan MG4 Electric.

Kedua-dua model itu diimport terus (CBU) dari China dan bukan dibekalkan mana-mana kilang pengeluaran MG dari Thailand atau Asean.

Khabarnya, SAIC Malaysia juga merancang memasang model MG di negara ini, tetapi belum ada perincian lanjut mengenai langkah tersebut. Sebagai permulaan, SAIC Malaysia akan menawarkan kenderaan MG elektrik penuh, sebelum memperkenalkan barisan produk trenkuasa pembakaran dalaman (ICE).

1. MG ZS EV

  • Model ini ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang menawarkan nilai dengan kombinasi bercirikan praktikal, inovasi dan prestasi dalam satu pakej.

HARGA

  • Harga anggaran bermula RM129,000.

PILIHAN WARNA

  • Ada empat pilihan warna: Monument Silver (perak), Black Pearl (hitam), Artic White (putih) dan Dynamic Red (merah).

LUARAN

  • Port mengecas ZS EV diletakkan di gril depan, jenis CCS2 untuk pengecas pantas (DC) dan standard (AC).
  • Lampu utama jenis projektor LED dengan tambahan lampu siang (DRL). Lampu signal belok pada cermin sisi dan lampu belakang juga jenis LED.
  • Rim jenis aloi 17 inci. Ada rel bumbung perak dan bumbung panoramik.

KABIN MG ZS EV

  • SUV itu dilengkapi skrin digital multi-info bersaiz 7 inci dan skrin infotainmen skrin sentuh 10.25 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada soket USB disediakan di ruangan cermin pandang belakang untuk memudahkan pemasangan perakam video digital (DVR) atau kamera pemuka.
  • Gear jenis rotari dengan kemudahan pengecas wayarles dan dua soket USB bawah skrin infotainmen.
  • Stereng kulit dengan sulaman benang merah, dan dilengkapi butang kawalan.
  • Ruang but 448 liter boleh diperluas kepada 1,187 liter dengan merebahkan kerusi belakang dalam nisbah 40:60.
  • Kerusi boleh laras elektrik 6-tetapan.
  • Sistem penyaman udara automatik dengan ventilator untuk penumpang belakang.

PENGECASAN

  • Pengecas pantas (DC) mampu mengecas bateri daripada 10 peratus kepada 80 peratus dalam masa 54 minit.
  • Pengecasan standard atau AC dengan kapasiti 7kW mengambil masa 8 jam untuk penuhkan bateri.

PRESTASI TRENKUASA

  • Unit motor elektrik tunggal menghasilkan kuasa 130kW (174hp) dengan tork 280Nm.
  • Ada tiga mod pemanduan: ECO, Normal dan Sport.
  • Bateri litium-ion 51.1kWh dengan Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) Tahap 3.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 8 saat.

CIRI KESELAMATAN MG PILOT

Antara ciri keselamatan diberikan ialah:

  • 6 beg udara SRS.
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSMS).
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA).
  • Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS).
  • Bantuan Lampu Tinggi (AHB).
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).
  • Kamera pandang keliling 360º.

2. MG4

  • Model kenderaan dengan rekabentuk menyerlahkan gaya hidup masa kini dalam versi elektrik penuh.
  • Ada empat varian ditawarkan untuk siri MG4: Standard, Lux, Extended Range dan X-Power.

HARGA

Berikut harga setiap varian:

  • Standard: RM104,000
  • Lux: RM129,000
  • Extended Range: RM149,000
  • X-Power: RM159,000

LUARAN

  • Bumbung hitam untuk varian Lux dan Extended Range.
  • Dilengkapi Sistem Gril Aktif (AGS).
  • Lampu projektor LED dengan lampu siang (DRL). Lampu signal belok cermin sisi dan lampu brek belakang juga jenis LED.
  • Rim aloi 17 inci untuk varian standard, dan rim 18 inci untuk varian lain.
  • Spoiler bumbung kembar (Lux dan Extended Range), dan spoiler biasa untuk Standard.
  • Dilengkapi trim perak pada pintu.

DALAMAN

  • Kabin dalam tona tunggal atau dwi-warna.
  • Skrin digital multi-info 7 inci dan skrin infotainmen skrin sentuh 10.25 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Cermin pandang belakang jenis automalap.
  • Gear jenis rotari.
  • Ada pengecas wayarles dan port USB bawah skrin infotainmen.
  • Stereng kulit, dengan beberapa butang kawalan.
  • Ruang but 363 liter, boleh ditambah kepada 1,177 liter dengan merebahkan kerusi belakang 40:60.
  • Balutan upholsteri Alcantara hitam, dan pedal sport untuk MG 4 X-Power.

PENGECASAN

  • Bahagian mengecas diletakkan di sisi belakang, sebelah kiri.
  • Mampu menerima dua jenis pengecas, iaitu Standard (AC) 7kW dengan masa mengecas 8 jam untuk bateri penuh.
  • Pengecas pantas (DC) 150kW mengambil masa 26 minit untuk menambah kapasiti bateri daripada 10 peratus hingga 80 peratus.

TRENKUASA

  • Semua varian dilengkapi lima mod pemanduan: ECO, Normal, Sport, Snow dan Custom.
  • Sistem pacuan roda belakang (RWD). Varian MG 4 X-Power dilengkapi dwi-motor elektrik dengan kawalan luncur. Varian lain hanya ada unit motor elektrik tunggal.
  • Hadir dengan Sistem KERS Tahap 3.

Prestasi

  • Standard: Output kuasa 170kw (227hp), dan tork 250Nm, manakala pecutan 0-100km sepantas 7.5 saat. Kapasiti bateri 51kWh. Jarak pemanduan 350km mengikut prosedur ujian kenderaan harmoni sedunia (WLTP).
  • Lux: Output kuasa 203kw (272hp), dan tork 250Nm, manakala pecutan 0-100km sepantas 7.7 saat. Kapasiti bateri 64kWh. Jarak pemanduan 435km (WLTP).
  • Extended Range: Output kuasa 245kw (328hp), dan tork 350Nm, manakala pecutan 0-100km sepantas 6.1 saat. Kapasiti bateri 77kWh. Jarak pemanduan 520km (WLTP)
  • X-Power: Output kuasa 320kW (429hp), dan tork 600Nm. Kapasiti bateri 64kW dengan jarak pemanduan 385km.
autoterkini Kenderaan Elektrik MG ZS EV MG4 Electric Morris Garages (MG) Roda4 SAIC Motor Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.