Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Tukar Logo Baharu, Lancar Kriss 110 2025 Patuh Euro4, Harga Mula RM4.5k
Auto Terkini

Modenas Tukar Logo Baharu, Lancar Kriss 110 2025 Patuh Euro4, Harga Mula RM4.5k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL dan Enjin Nasional (Modenas), yang juga subsidiari DRB-Hicom Berhad hari ini melancarkan logo dan identiti jenama baharu sebagai aspirasi berani untuk masa depan yang menumpukan pengembangan global, teknologi baharu, dan solusi lebih bersih.

Logo baharu (foto bawah kanan) pengeluar motosikal nasional itu diilhamkan daripada simbol ikonik ‘M’ pada perkataan Modenas dalam gaya moden yang lebih berani dalam bulatan yang menggambarkan ketepatan dan identiti baharu.

Logo Modenas

Kekal dengan warna biru dan putih, logo baharu dikemas kini itu memperkenalkan varian kelabu dan platinum Modenas, manakala pengenalan elemen ‘Road Star’ baharu turut mencerminkan arah baharu jenama ini yang menekankan kepimpinan industri, keupayaan menyesuaikan diri, dan komitmen untuk pertumbuhan.

Penjenama baharu hari ini dirasmikan Pengerusi Kumpulan Modenas dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Tan Sri Syed Faisal Albar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Kanan Industri dan Pembangunan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Faizal Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz, dan CEO Modenas, Roslan Roskan.

Mengenai usaha penjenamaan semula ini, Roslan berkata;

MODENAS mewakili legasi yang dibina rakyat Malaysia. Kami sudah membina asas kukuh di Malaysia, tetapi kami berhasrat meluaskan cita-cita ini untuk merentasi sempadan negara.

“Industri mobiliti kini sedang berkembang pesat, didorong keperluan mendesak untuk peralihan tenaga dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelestarian alam sekitar.

“Dengan ini, visi baharu kami akan membawa keseronokan yang menghubungkan orang dan komuniti, dengan menyediakan nilai, teknologi, dan produk lestari di peringkat global.”

MODENAS KRISS 110 YANG MESRA ALAM

Seiring penjenamaan semula dan pencapaian pengeluar nasional itu, Modenas turut memperkenalkan varian baharu Modenas Kriss 110 yang mesra alam, iaitu model Kriss pertama yang memenuhi piawaian emisi Euro4 pada harga bermula RM4,599 untuk varian brek dram dan RM4,998 (brek cakera)

Model kapcai ini juga mempamerkan komitmen Modenas terhadap kelestarian dan pematuhan terhadap regulasi alam sekitar global yang menandakan pasaran lebih luas buat pengeluar tempatan itu ke arah inisiatif lebih besar untuk memperkenalkan lebih banyak varian mesra alam pada masa depan.

MODENAS MENGORAK LANGKAH

Kerjasama strategik Modenas dengan pengeluar global seperti Kawasaki Motors Ltd (KMC), Kwang Yang Motor Co Ltd (Kymco) dari Taiwan, dan Bajaj Auto Limited (BAL) dari India memudahkan Modenas melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa lain seperti Greece, Amerika Selatan, Rusia, Thailand, dan terbaharu China pada tahun ini menerusi pengeksportan Kawasaki ZX-6R yang dipasang dalam negara.

Seiring komitmen baharu menghasilkan lebih banyak motosikal berteknologi mesra alam, Modenas juga secara aktif sedang membentuk masa depan lebih lestari seperti pembekalan motosikal elektrik Modenas MEV-1 kepada Pos Malaysia sejak 2023.

Auto Terkini DRB-Hicom Logo Baharu Modenas Modenas Modenas Kriss 110 2025 roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.