• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Umum Harga Jualan Kawasaki Ninja ZX-6R Edisi 2025 Bermula RM59.9k!

Modenas Umum Harga Jualan Kawasaki Ninja ZX-6R Edisi 2025 Bermula RM59.9k!

November 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS mengumumkan harga asas jualan Kawasaki Ninja ZX-6R edisi 2025 untuk pasaran tempatan iaitu RM59,900 tidak termasuk insurans dan cukai jalan, sempena Kejohanan MotoGP 2024 di Litar Antarabanga Sepang (SIC).

Sebagai permulaan, Modenas akan membuka pra-tempahan untuk model supersport itu dan kiriman dijangka bermula pada tahun hadapan. Seramai 50 pembeli awal akan menerima motosikal mereka pada satu majlis serahan khas di Litar SIC Februari depan.

Modenas sebenarnya sudah menjalankan aktiviti eksport Kawasaki Ninja ZX-6R ke China sejak Mei lalu dan model ZX-6R pernah dipertontonkan kepada umum semasa MotoGP 2023 di SIC.

Sekadar makluman, ZX-6R adalah produk pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Modenas di Gurun, Kedah.

Ada dua warna pilihan disediakan iaitu Metallic Flat Spark Black / Ebony (hitam) dan Lime Green/Ebony (hijau KRT). Berikut ialah perinciannya:

  • Trenkuasa 4-lejang 4-silinder sebaris 636cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, menawarkan kuasa 127hp @ 13,000rpm dan tork 70.6Nm pada 10,800rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan teknologi Assist & Slipper dan Kawasaki Quick Shifter sehala (atas sahaja).
  • Ada tiga mod pemetaan enjin iaitu Sport, Road dan Rain serta bantuan teknologi Kawasaki Traction Control (KTRC).
  • Sistem fork terbalik (USD) Showa SFF-BP dan monoshock, kedua-duanya boleh laras sepenuhnya.
  • Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), 180/55 (belakang).
  • Sistem brek cakera berkembar 310mm dengan kaliper monoblok 4-piston (depan), cakera tunggal 220mm kaliper piston tunggal. Ada Sistem Brek Anti-Kunci Pintar Kawasaki (KIBS) dwi-saluran.
  • Skrin meter TFT 4.3 inci berwarna penuh dengan sambungan untuk telefon pintar melalui aplikasi Rideology.
  • Ketinggian pelana 830mm. Tangki minyak 17 liter.

Related

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kawasaki Malaysia, Kawasaki NinJA ZX-6R (2025), Modenas, MotoGP Malaysia 2024, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my