Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Lancar Dominar D400 (2021), Harga Mula RM13.9k!
Roda2

Modenas Lancar Dominar D400 (2021), Harga Mula RM13.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/09/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL dan Enjin Nasional (MODENAS) sebentar tadi melancarkan model motosikal sports tourer terbaharu, Modenas Dominar D400 versi dipertingkat edisi 2021.

Ada dua pilihan warna menarik iaitu Savanna Green (hijau) dan Charcoal Black (hitam). Harga motosikal tanpa insurans dan cukai jalan ialah RM13,997! dan akan masuk bilik pameran bermula bulan ini.

BACA >>> #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?

Berikut perincian Dominar D400 (2021):

  • Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 373cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi DTS-i dan tiga palam pencucuh berkuasa 39.4hp @ 8,650rpm dan tork 35Nm @ 7,000rpm.
  • Dominar (2018) cuma menawarkan kuasa 34.5hp @ 8,000rpm dan tork 35Nm @ 6,500rpm).
  • Menggunakan transmisi manual 6-kelajuan, tetapi kini dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang membantu meningkatkan kelancaran dan kecekapan anjakan gear.
  • Dipasangkan fork terbalik (USD) sebagai penambahbaikan berbanding fork teleskopik pada model terdahulu.
  • Dipasangkan sistem suspensi monoshock Nitrox boleh laras di belakang.
  • Menggunakan sistem brek cakera 320mm (depan) dan 230mm (belakang) serta dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

  • Sistem ekzos kembar menggantikan sistem ekzos tunggal terdahulu.
  • Menggunakan panel meter dua paparan LCD yang memaparkan indikator gear, spidometer, odometer, jam, takometer dan baki petrol.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Mufler Motosikal Semakin Pendek?

  • Lampu depan LED automatik kini ada paparan ala mozek yang menambah baik kadar pencahayaan, terutama tunggangan malam. Penunggang kini dapat dilihat sejauh 1.5km!
  • Ada pad tangki minyak corak karbon dan tertera logo Dominar pada pelana belakang.
  • Ada perubahan dimensi motosikal. Lebar meningkat kepada 836mm berbanding model 2018 (813mm). Panjang dan tinggi kekal 2,156mm dan 1,112mm.
  • Jarak roda 157mm, tangki minyak 13 liter dan berat kasar 182kg, sama seperti model lama. 
  • Ditawarkan dalam dua warna pilihan: Charcoal Black (hitam) dan Savanna Green (hijau). Dominar D400 (2018) menawarkan dalam tiga pilihan warna: merah, hitam dan biru.

BACA >>> #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata:

Modenas Dominar D400 adalah model sports tourer premium paling mampu milik dalam segmennya. Bagi mereka yang menanti-nantikan kedatangan model ini di Malaysia, saya berterima kasih atas kesetiaan dan penantian anda semua.

“Saya yakin penantian itu akan berbaloi buat anda. Dengan harga menarik dan suntikan teknologi terkini, motosikal ini pasti menjadi pelaburan yang bijak kepada pembeli.”

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar Honda CBR150R ABS (2021), Harga Mula RM12,499
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek – Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis
BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

Modenas Dominar D400 Charcoal Black (hitam)
Modenas Dominar D400 Savanna Green (hijau)
Bajaj Dominar 400 Aurora CEO Modenas Dominar 400 (2021) Modenas modenas dominar 400 roda2 Roslan Rokan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    13/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026

    2 Comments

    1. Kai on 10/09/2021 23:03

      Nmpk xde beza yg lama pun…bentuk mcm xde idea dah…

      Reply
    2. Stayhomers on 14/09/2021 01:53

      Launching era mco?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.