Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Renault 4 Savane 4×4 Concept 2025 – Ikon Klasik Kembali Sebagai Penjelajah Elektrik Masa Depan
Kenderaan Elektrik (EV)

Renault 4 Savane 4×4 Concept 2025 – Ikon Klasik Kembali Sebagai Penjelajah Elektrik Masa Depan

Abang HirataBy Abang Hirata18/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
RENAULT dilihat komited mengembalikan semula ikon klasik ke era moden dengan menawarkan Renault 4 dan Renault 5 serta Renault 5 Turbo 3E, iaitu versi moden kepada Renault 5 Turbo.

Renault juga dalam misi memperkenalkan Twingo dan Estafette Electric dalam versi elektrik penuh. Satu lagi trend pengeluar masa kini adalah mula serius bermain lumpur, atau lebih tepat mengeluarkan jip atau model pacuan empat roda (4×4).

Renault 4 Savane 4×4 Concept – Jip Elektrik Bergaya Retro untuk Penjelajah Moden

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025

Pengeluar dari Perancis itu juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Renault 4 Savane 4×4 Concept 2025, iaitu model konsep dan kereta demonstrasi yang direka khusus untuk gaya hidup aktif dan pengembaraan.

Projek tersebut memperlihatkan potensi platform AmpR Small dalam menghasilkan kenderaan elektrik (EV) segmen-B dengan sistem 4×4.

Nama ‘Savane’ Kembali Mengganas, Kini Dalam Versi Elektrik

Nama Savane sudah sinonim dengan peminat Renault sejak era 1950-an sebagai kenderaan aktiviti lasak dan gaya hidup luar bandar. Pada 1986, Savane meneruskan legasi itu dengan versi Renault 4 yang lebih santai, tetapi tetap bersedia untuk pengembaraan.

Spesifikasi Renault 4 Savane 4×4 – Siap Redah Lumpur dan Salji!

  • Jarak tinggi bumi Renault 4 Savane 4×4 Concept dipertingkat 15mm berbanding Renault 4 E-Tech elektrik biasa.
  • Tyar 18 inci Goodyear UltraGrip Performance+ 225/55 khas dengan rim Savane unik, manakala lebar jejak roda depan dan belakang bertambah 10mm setiap sisi.
  • Keistimewaan utama, motor elektrik kedua dipasang pada gandar belakang untuk menghasilkan sistem pacuan semua roda (AWD) yang sentiasa aktif.
  • Menawarkan kelincahan di laluan berlumpur, bersalji dan tidak rata, termasuk mampu meredah kondisi rupa bumi mencabar untuk aktiviti off-road.

Rekabentuk Luaran – Gabungan Gaya Retro dan Agresif Moden

 

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
  • Kemasan badan Green Jade (hijau), warna baharu yang menyerlahkan penampilan elegan melalui bampar dan gerbang roda hitam kilat.
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
  • Bumbung fabrik bercetak piksel menghasilkan efek penyamaran menarik.
  • Pelapik bampar depan dan belakang digantikan komponen cetakan 3D baharu dengan ciri menyerap hentakan.
  • Logo 4Savane eksklusif dapat dilihat pada sisi kenderaan, manakala pintu belakang menonjolkan identiti sebagai model 4×4.

Kabin Premium – Tekstil Halus, Jahitan Eksklusif dan Sentuhan Seni

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
  • Rekaan kabin sofistikated dengan kerusi fabrik tekstil halus (TEP) warna Deep Brown (cokelat).
  • Atas penyandar belakang kerusi tertera corak jahitan angka ‘4’ warna senada untuk sentuhan grafik menarik.
  • Corak houndstooth (empat bucu) memberikan kemasan bergaya pada trim sandaran belakang dan penguat sisi.
  • Papan pemuka juga dilapisi tekstil halus Deep Brown dengan sulaman mendatar hingga panel pintu pemandu dan penumpang.
  • Logo 4Savane yang diterangi pada jalur papan pemuka memberikan identiti khas model konsep itu.
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Kenderaan Elektrik (EV) Renault Renault 4 Renault 4 Savane 4x4 Concept Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.