Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MMM Lancar Mitsubishi Xpander 2025 Facelift, Harga Mula RM99.9k
Auto Terkini

MMM Lancar Mitsubishi Xpander 2025 Facelift, Harga Mula RM99.9k

SyafieBy Syafie30/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) secara rasmi melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Mitsubishi Xpander versi dipertingkat (facelift) dengan harga bermula RM99,980.

MPV baharu ini didatangkan dengan dua varian berbeza iaitu Xpander (Standard) dan Xpander Plus. Berikut harga untuk kedua-dua varian tersebut:

  • Mitsubishi Xpander (Standard): RM99,980
  • Mitsubishi Xpander Plus: RM109,980

Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan untuk model ini seperti Diamond Black, Graphite Gray, Red Metallic, dan Quartz White Pearl (tambahan RM300).

Trenkuasa

  • Dikuasakan enjin 1.5L MIVEC DOHC 16 Valve
  • Kapasiti enjin 1,499cc
  • Menghasilkan output maksimum 105PS/6000rpm dan 141Nm/4,000rpm
  • Menggunakan transmisi 4-kelajuan automatik (4AT)
  • Suspensi hadapan menggunakan spring gegelung MacPherson Strut, manakala alur kilasan (suspensi belakang)
  • Brek hadapan menggunakan cakera berudara, manakala dram (brek belakang)
  • Menggunakan stereng berkuasa elektrik (EPS)
  • Menggunakan tayar 205/55 dengan rim aloi dwi-tona 17 inci.

Bahagian Luaran

  • Dimensi keseluruhan: 4,475mm panjang, 1,750mm lebar, 1,730mm tinggi, dan 2,775mm jarak roda.
  • Lampu LED sepenuhnya pada lampu utama bentuk-T, lampu nyalaan siang (DRL), dan lampu kabus.
  • Bampar hadapan dan belakang mempunyai kemasan perak
  • Pemegang pintu mempunyai kemasan krom
  • Spoiler belakang lebih panjang dan mempunyai antena sirip yu

Bahagian Dalaman

  • Dilengkapi skrin digital TFT 4.2inci dan skrin infotainmen 9inci beserta Apple Carplay dan Android Auto
  • Mempunyai sistem audio 6-pembesar suara
  • Mempunyai butang tekan-mula
  • Mempunyai pengecasan wayarles, empat port USB (dua unit USB-A dan USB-C di hadapan, dua lagi di belakang)
  • Stereng boleh laras (teleskopik) tiga-jejari dibalut kulit dengan butang kawalan audio dan pelayaran
  • Bahagian pintu mempunyai kemasan jahitan dan sentuhan lembut
  • Tempat duduk menggunakan material leatherette dengan pelarasan secara manual
  • Ruang bagasi berkapasiti 495L (kerusi baris ketiga dilipat)

Ciri Keselamatan

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD)
  • Brek Parkir Elektronik
  • Auto Hold Brek
  • Sistem Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Aktif Stabiliti (ASC)
  • Kawalan Cengkawan (TC)
  • Sensor Undur Belakang
  • Monitor Pandangan Keliling (ARM)
  • Mempunyai 2-airbag SRS
  • ISOFIX

Bagi 500 pelanggan pertama akan menerima Naturshike Camping Wagon bernilai RM400. Mitsubishi Xpander ini juga dipakejkan bersama waranti lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

Mitsubishi Xpander 2025 facelift
Mitsubishi Xpander 2025 facelift
Mitsubishi Xpander 2025 facelift
Auto Terkini harga Mitsubishi Xpander Malaysia Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander Facelift
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.