Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Triton, Xforce Menang Anugerah Rekabentuk iF 2024
Roda4

Mitsubishi Triton, Xforce Menang Anugerah Rekabentuk iF 2024

Abang HirataBy Abang Hirata12/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STRATEGI Mitsubishi menampilkan Xpander dengan rekabentuk agresif nampaknya menjadi selepas laris ribuan unit di Indonesia.

Bukan mudah menyaingi Toyota Avanza yang bertapak sejak sekian lama di negara jiran itu, tetapi Mitsubishi berjaya melakukannya.

Mitsubishi Triton
Mitsubishi Xforce

Formula itu sekali lagi digunakan pada Xforce dan Triton. Xforce misalnya tampil seperti sebuah kereta konsep yang dijual kepada umum.

Usaha Mitsubishi mengetengahkan rekabentuk nampaknya diperakui industri. Buktinya, kedua-dua Xforce dan Triton memenangi Anugerah Rekabentuk iF 2024 dalam kategori Rekabentuk Produk.

Anugerah Rekabentuk iF sudah mengiktiraf pelbagai rekabentuk luar biasa selama 70 tahun dan satu daripada anugerah rekabentuk berprestij dunia yang dianjurkan iF International Forum Design GmbH di Jerman.

Bagi anugerah 2024, sekitar 11,000 penyertaan daripada 72 negara dihantar dan diadili panel juri yang terdiri daripada 132 pakar rekabentuk antarabangsa. Keputusan dibuat berdasarkan lima perkara seperti idea, bentuk, kegunaan, kelainan dan impak.

1. MITSUBISHI TRITON

Dari segi sejarah, Triton bukan setakat 10 dan 20 tahun, tetapi berasal daripada kereta pikap Mitsubishi L200 Forte (foto atas) yang diperkenal pada 1978. Sehingga kini, sekitar 5.7 juta unit merentasi lima generasi dikeluarkan dan dijual di kira-kira 150 negara.

Triton terbaharu direka berasaskan konsep Beast Mode yang menonjolkan kelasakan dan kekuatan yang dijangka untuk sebuah trak pikap yang tampil dengan rupa menyerlah dengan ciri-ciri lasak dan lincah.

Jika dua generasi Triton sebelum ini membawa gaya bandar, Triton baharu seperti dilahirkan untuk bekerja di kuari. Bahagian dalaman pula tidak bulat atau membujur tetapi dengan tema garisan horizontal yang membolehkan pemandu melihat pergerakan kenderaan lain dengan mudah ketika memandu.

Suis dan tombol pula mudah digunakan walaupun menggunakan sarung tangan. Trenkuasa Triton baharu ini dijana enjin 4N16 2.4L diesel turbo dengan tiga output kuasa iaitu 148hp dan tork 330Nm, 181hp dan tork 430Nm dan paling tinggi 201hp dan tork 470Nm.

Enjin itu dipadan bersama kotak gear manual atau automatik 6-kelajuan.

2. MITSUBISHI XFORCE

Xforce pula kenderaan utiliti sukan (SUV) dan jika dibuat perbandingan, ia lebih panjang, lebar dan tinggi berbanding Honda HR-V dan Proton X50.

Xforce direka berasaskan konsep Silky & Solid dengan ciri tersebut dibahagikan kepada bahagian atas dan bawah, manakala rupa depan betul-betul menonjol.

Di pasaran Indonesia, Xforce dijana enjin 1.5L DOHC MIVEC yang menghasilkan output kuasa 103hp dan tork 141Nm dengan transmisi automatik CVT dalam sistem pacuan dua roda (2WD).

Mitsubishi sudah mengeksport Xforce dari Bekasi, Indonesia ke Vietnam dan bakal menyusul ke negara Asean lain.

Mitsubishi Triton
Mitsubishi Xforce
4x4 Anugerah Rekabentuk iF iF Design Award iF Design Awards Mitsubishi Mitsubishi Triton Mitsubishi Xforce Roda4 SUV Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Roda4

    Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia โ€“ Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.