Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Ralliart Team Sertai Cabaran Rali, Guna Dua Spesifikasi Triton Rally AXCR 2025
Auto Terkini

Mitsubishi Ralliart Team Sertai Cabaran Rali, Guna Dua Spesifikasi Triton Rally AXCR 2025

Abang HirataBy Abang Hirata07/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
MITSUBISHI Motors Corporation (MMC) mengumumkan pasukan Mitsubishi Ralliart Team, yang menerima sokongan teknikal daripada syarikat itu, akan menyertai kejuaraan rali rantas negara Asia Cross Country Rally (AXCR) 2025.

Pasukan itu bakal bertanding dengan tiga unit pikap Mitsubishi Triton Rally di Thailand pada Ogos depan.

AXCR ialah rali rentas negara (cross-country) terbesar di Asean, dan edisi ke-30 tahun itu akan bermula secara rasmi pada 8 Ogos di Pattaya, Thailand. Laluan rali akan merentasi Thailand, manakala garisan penamat ditetapkan sekali lagi di Pattaya pada 16 Ogos.

Jarak pemanduan dilanjutkan kira-kira 500km berbanding tahun lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 2,500km. Laluan tersebut sarat pelbagai perubahan rupa bumi seperti zon pergunungan, kawasan hutan tebal, dan lintasan sungai.

Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025

Perlumbaan Tambah Lapan Hari, Jarak 2,500km

Perlumbaan yang ditambah kepada lapan hari itu bukan saja menuntut pengendalian jalan lebih baik, tetapi juga ketahanan jentera lebih tinggi.

Pasukan Mitsubishi Ralliart menetapkan sasaran merebut semula gelaran keseluruhan buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dengan mengoptimum jentera Triton menerusi ketahanan enjin dipertingkat dan casis ditambah baik bagi menghadapi cabaran lebih mencabar.

Pasukan Mitsubishi Ralliart Team dimiliki Tant Sport (Thailand) dan diterajui pengarah pasukan dari MMC, Hiroshi Masuoka, manakala jurutera MMC bertanggungjawab membangunkan jentera rali serta akan mengiringi pasukan untuk memberikan sokongan teknikal sepanjang pertandingan.

Barisan pemandu dan pembantu pemandu yang akan kekal bertanding ialah Chayapon Yotha (Thailand) dan Peerapong Sombutwong (Thailand), yang berjaya meraih kemenangan keseluruhan dalam AXCR 2022.

Turut serta ialag gandingan duo pelumba dari Jepun, Katsuhiko Taguchi dan Takahiro Yasui yang menduduki tempat kelima dalam AXCR 2024, serta Kazuto Koide dan Eiji Chiba yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam penampilan sulung tahun lalu.

Menariknya, Triton Rally yang digunakan tampil dengan spesifikasi berbeza.

Jentera dipandu Chayapon dan Peerapong serta Taguchi dan Yasui ialah versi dinaik taraf daripada spesifikasi tahun lalu. Sementara itu, Koide dan Chiba akan bersaing dalam jentera yang dilengkapi transmisi automatik dioptimum untuk pertandingan.

Koide, yang juga pekerja dan pemandu uji MMC, akan memainkan peranan penting dalam menguji dan mengesahkan teknologi prestasi tinggi untuk model pengeluaran masa depan selain menyokong ahli pasukan lain.

Perbandingan Spesifikasi Jentera Triton Rally

Perbezaan Utama Spesifikasi

Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025

Transmisi

  • Jentera dipandu Chayapon dan Peerapong serta Taguchi dan Yasui menggunakan transmisi automatik sekuensial 6-kelajuan.
  • Jentera dipandu Kazuto Koide dan Chiba pula dilengkapi transmisi automatik 6-kelajuan yang dioptimum untuk perlumbaan.

Dimensi Keseluruhan

  • Jentera Chayapon  dan Peerapong mempunyai lebar 1,995mm.
  • Jentera Taguchi dan Yasui serta Koide dan Chiba mempunyai lebar 1,865mm.

Jejak (Tread)

  • Jentera Chayapon dan Peerapong mempunyai jejak 1,730mm.
  • Jentera Taguchi dan Yasui serta Koide dan Chiba mempunyai jejak 1,570mm.

Penggunaan Gentian Karbon

  • Jentera Chayapon dan Peerapong menggunakan gentian karbon pada bonet enjin, fender depan, panel pintu depan dan belakang, serta panel luar kargo.
  • Jentera Taguchi dan Yasui serta Koide dan Chiba menggunakan gentian karbon pada bonet enjin, panel pintu belakang, serta panel luar kargo.

Persamaan Spesifikasi Termasuk Kuasa Enjin

Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025

Walaupun ada perbezaan, ketiga-tiga jentera Triton Rally berkongsi ciri dan spesifikasi penting seperti:

  • Enjin 4-silinder 4N16 2,439cc turbo diesel
  • Sistem suntikan bahan api common rail tekanan tinggi
  • Pengecas turbo VGT dan enjin Mitsubishi Heavy Industries Engine
  • Output kuasa 214.5hp (160kW) atau lebih, dan tork 500Nm atau lebih
  • Sistem pacuan empat roda sepenuh masa Super Select 4WD-II
  • Diferensial gelincir terhad (LSD) CUSCO depan dan belakang
  • Suspensi Double-wishbone independen dengan spring gegelung (depan), dan spring koil 4-link Rigid/4-link
  • Absorber kembar depan dan belakang boleh laras CUSCO
  • Brek cakera ventilasi ENDLESS dengan kaliper brek monoblok, dan minyak brek lumba FORTEC
  • Rim aloi aluminium WORK 17-inci x 7J
  • Tayar Yokohama Geolandar M/T G003 245/75R17
  • Jarak roda 3,130mm

Persiapan Rapi Menjelang Perlumbaan

Pada awal Jun, pasukan Mitsubishi Ralliart Team menjalankan ujian ketahanan beban tinggi bagi mensimulasi situasi rali sebenar. Ujian itu dilakukan di laluan off-road sekitar Taman Negara Khao Yai, tengah Thailand.

Suspensi dan komponen casis lain juga dipertingkat, dan pada masa sama realibiliti dan ketahanan enjin serta badan turut dinilai sebagai persediaan untuk acara utama.

Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Mitsubishi Triton Rally AXCR 2025
Asia Cross Country Rally (AXCR) AXCR Mitsubishi Mitsubishi Ralliart Team Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton Rally Mitsubishi Triton Rally AXCR
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.