Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Triton (2023) Serba Baharu dengan Enjin Baharu Debut di Thailand, Masuk Malaysia 2024
Roda4

Mitsubishi Triton (2023) Serba Baharu dengan Enjin Baharu Debut di Thailand, Masuk Malaysia 2024

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Corporation (MMC) melancarkan model Mitsubishi Triton (2023) serba baharu di Thailand sebentar tadi yang sarat dengan perubahan signifikan untuk keperluan pelanggan global.

Trak pikap kategori satu tan itu akan ditawarkan ke negara Asean lain dan Oseania dalam masa terdekat. Jepun pula dijangka menyambut ketibaan model itu pada awal 2024, juga buat julung kali selepas 12 tahun, dan dijangka masuk Malaysia sebelum akhir tahun depan.

Mitsubishi Triton (2023) serba baharu generasi keenam ini menampilkan konsep ‘Power for Adventure’ dengan rekabentuk dinaik taraf sepenuhnya buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Pembaharuan itu membabitkan ruang dalaman, luaran, rekabentuk casis, frem tangga (ladder frame) dan enjin.

TIGA PILIHAN BENTUK BADAN

Mitsubishi Triton (2023) serba baharu hadir dalam tiga pilihan badan iaitu:

  • Double-cab: dua baris tempat duduk dengan keselesaan mirip kenderaan utiliti sukan (SUV)
  • Single-cab: satu baris tempat duduk
  • Club-cab: satu baris tempat duduk dengan kerusi boleh rebah, dan ada ruang kargo belakang kerusi

VARIAN

Ada empat varian ditawarkan iaitu:

  • Dua varian Double-Cab (Highest dan Standard)
  • Satu varian Club-Cab (High)
  • Satu varian Single-Cab (Standard)

WARNA

  • Ada dua warna badan baharu: Yamabuki Orange Metallic (jingga) dan Blade Silver Metallic (perak)
  • Juga hadir dalam pilihan warna White Diamond (putih), Solid White (putih solid), Graphite Gray Metallic (kelabu) dan Jet Black Mica (hitam).
  • Varian perdana didatangkan dalam warna badan sama untuk gril depan, manakala cermin sisi, kemasan Dynamic Shield, hendal pintu, bampar dan komponen lain dihitamkan.
  • Bahagian bawah (depan, sisi dan belakang) mendapat saduran titanium gelap. Ada bar atas rel bumbung hitam, pelapik fender dan lapik kargo (bed).

ENJIN DIESEL LEBIH BERSIH

MMC juga mengumumkan enjin diesel baharu 4-silinder 16-injap 2.4L (2,442cc) DOHC Intercooled Turbocharged (4N16) dengan sistem suntikan bahan api (FI) lebih bersih dengan tiga output berbeza:

  • Kuasa 201hp @ 3,400rpm; Tork 470Nm @ 1,500-2,750rpm (varian tertinggi)
  • Kuasa 181hp @ 3,400rpm; Tork 430Nm @ 2,250-2,500rpm
  • Kuasa 147hp @ 3,400rpm; Tork 330Nm @ 1,500-3,000rpm

TRANSMISI, SISTEM PACUAN

Mitsubishi Triton (2023) serba baharu menawarkan dua pilihan transmisi 6-kelajuan dan sistem pacuan roda. Transmisi automatik dilengkapi mod Sport, manakala transmisi manual menggunakan ciri elektronik Shift-by-Wire:

Transmisi
  • Automatik: Double-Cab (Highest), dan Club-Cab (High)
  • Manual: Double-Cab (Standard), dan Club-Cab (High)
Sistem Pacuan Roda
  • Pacuan empat roda (4WD): Double-Cab (Highest), dan Single-Cab (Standard)
  • Pacuan dua roda (2WD High Rider): Double-Cab (Standard), dan Club-Cab (High)

SISTEM PACUAN 4WD

  • Sistem 4WD membolehkan pemandu menggunakan tombol untuk menukar terus kepada mod 4WD ketika memandu.
  • Masih menggunakan sistem Super Select 4WD-II dan Easy Select 4WD dengan dilengkapi sensor tork Diferensial Gelincir Terhad (LSD) yang mengagihkan daya pemanduan pada nisbah 40:60 untuk depan dan belakang.
  • Model dilengkapi Super Select 4WD-II ada empat pilihan iaitu:
    • 2H (pacuan roda belakang, RWD) – mod Eco
    • 4H (4WD sepenuh masa) – mod Gravel dan Snow
    • 4HLc (diferensial tengah dikunci, LCD) – mod Mud dan Sand
    • 4LLc (LCD dengan gear rendah) -mod Rock
  • Selain mod Normal, ada enam mod pemanduan (seperti di atas) untuk Super Select 4WD-II yang mana model lama cuma dilengkapi empat mod.
  • Super Select 4WD-II kini dilengkapi ciri Kawalan Yaw Aktif (AYC) bagi menambah baik prestasi dan kestabilan ketika membelok.
  • Varian dengan Easy Select 4WD pula memiliki opsyen 2H, 4H dan 4L (untuk pemanduan gear rendah).
  • Semua varian dilengkapi LSD aktif dan Stabiliti Aktif dan Kawalan Traksi (Active Stability & Traction Control, ASTC). Ciri lain diberikan ialah Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Bantuan Mula Dakiย (HSA).

FREM TANGGA

  • Ladder frame baharu Triton mendapat tambahan keluasan seksyen silang (cross-sectional)ย 65 peratus berbanding model terdahulu.
  • Ini membantu mencapai ketegaran lentur 40peratus, dan rigiditi kilas (torsional rigidity) 60 peratus.
  • Tambahan berat dikurangkan dengan peningkatan nisbah penggunaan keluli tegangan tinggi.
  • Badan trak pikap lebih ringan berbanding model lama kerana menggunakan material keluli tegangan tinggi 1,180MPa.

DIMENSI TRITON SERBA BAHARU

  • Mitsubishi Triton (2023) serba baharu kini lebih besar dan ringan jika dibandingkan model generasi terdahulu.
  • Model ini memiliki dimensi panjang 5,305mm (+55mm), lebar 1,815mm (+117mm) dan tinggi 1,795mm (+20mm), manakala jarak roda juga bertambah 130mm kepada 3,130mm.
  • Kapasiti tangki minyak 75 liter.

KONSEP REKABENTUK ‘BEAST MODE’

  • Mitsubishi Triton (2023) serba baharu kini jauh lebih tegap dan berkuasa berbanding model generasi sebelumnya.
  • Fasia depan menggabungkan konsep Dynamic Shield yang mengetengahkan imej prestasi bertenaga dan fiil perlindungan lebih yakin.
  • Ini dibantu padanan gril tiga dimensi (3D), fender dan pelindung. Lampu siang (DRL) LED kini jenis tiga jalur bentuk L yang melengkapi lampu utama 3D. Lampu belakang pula bentuk T pada kedua-dua sisi.
  • Kehadiran spoiler menambah baik faktor aerodinamik dengan hendal pintu kini lebih tahan lama dan besar yang lebih mudah dipegang.
  • Pemijak sisi kini lebih lebar dengan penambahbaikan untuk salur keluar air.
  • Sisi badan bertema mendatar, panel fender yang berjuntai tajam menjadikan trak pikap ini tampak lebih lebar, stabil dan tegap.
  • Kluster instrumen berteraskan konsep Horizontal Axis yang memudahkan pemandu melihat perubahan postur kenderaan ketika memandu.
  • Pad lembut dipasang dalam kabin untuk melindungi penumpang.
  • Rekabentuk kabin banyak menggunakan rekaan geometri dengan elemen metalik untuk menyerlahkan visual moden.
  • Penekanan dibuat pada aspek visibiliti monitor, meter dan suis. Semua suis, tombol dan butang pilih dipertingkat kadar sensitiviti supaya dapat beroperasi baik walaupun pemandu bersarung tangan.
  • Stereng, grip dan hendal buka pintu direka mengikut konsep Mitsubishi Touch yang menumpukan keselesaan dan ketegapan.
  • Konsol tengah kini dilengkapi dua tempat letak cawan besar, dan kotak konsol yang boleh menempatkan empat botol plastik 600ml.
  • Panel instrumen dan konsol tengah dilengkapi port USB Type-A dan Type-C untuk mengecas peranti pintar. Ada juga pengecas wayarles di tengah konsol gear.

TEMPAT DUDUK LEBIH SELESA

  • Kerusi depan menyediakan sokongan lumbar.
  • Rekabentuk kawasan bahu memudahkan pergerakan yang membantu mengurangkan keletihan memandu.
  • Titik pinggul juga digerakkan 20mm ke atas berbanding model sebelumnya.
  • Postur tegak untuk meningkatkan penglihatan dari dalam kabin.
  • Akses masuk dan keluar kabin kini lebih mudah dengan rekaan pilar-A lebih menegak yang membantu meluaskan bukaan pintu

SUSPENSI BAHARU

  • Suspensi double wishbone baharu di depan, selain braket upper arm untuk model 4WD dan 2WD High Rider digerakkan ke atas 20mm untuk keselesaan memandu lebih baik.
  • Suspensi belakang menawarkan keselesaan memandu lebih baik menerusi penggunaan sistem suspensi spring dedaun (leaf spring) lebih ringan dengan absorber lebih tebal.
  • Kerja melakukan pusingan U diminimumkan kerana pemandu kini lebih mudah melihat garis bonet untuk membelok habis.
  • Varian spesifikasi tertinggi dilengkapi stereng bantuan elektrik (EAS).

PAKEJ KESELAMATAN ADAS

  • Mitsubishi Triton (2023) serba baharu dilengkapi ciri Kawalan Jelajah Adaptifย (ACC).
  • Ciri turut dipertingkat dengan mengekalkan sistem Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Tukar Lorong (LCA), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

MITSUBISHI CONNECT

  • Pengguna Mitsubishi Triton (2023) serba baharu kini boleh meminta bantuan dari pusat panggilan hanya dengan mengetik butang jika berlaku kemalangan atau kerosakan. Boleh juga buat laporan jika beg udara mengembang automatik.
  • Caranya, pemandu hanya perlu memuat turun aplikasiย  Mitsubishi Connectย ke telefon pintar.
  • Mitsubishi Connect boleh mengesan lokasi kenderaan, memeriksa baki bahan api, rekod pemanduan dan aspek lain ko kondisi kenderaan.
  • Boleh juga digunakan untuk menghidupkan penyaman udara sebelum masuk kabin, selain mengaktifkan lampu depan dan hon.

TRIVIA MITSUBISHI, TRAK PIKAP

  • MMC sudah menghasilkan kira-kira 5.6 juta trak pikap, merangkumi lima generasi sejak 45 tahun lalu.
  • Trak pikap pertama, Mitsubishi Forte (L200) jenis single cab dilancarkan di Jepun pada September 1978. Trak pikap itu dikenali sebagai Mitsubishi Truck dan L200 di negara lain.
  • Trak pikap Mitsubishi dijual di 150 negara yang dilihat sebagai produk kenderaan strategik global MMC.
#TritonWorldPremiere 2WD Trition 4WD Triton autoterkini kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Mitsubishi Triton (2023) Mitsubishi Triton Generasi Keenam (6-Gen) Trak pikap Triton baru
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.