Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Outlander PHEV, Model PHEV Nombor Satu di Jepun Sepanjang Fiskal 2022!
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV, Model PHEV Nombor Satu di Jepun Sepanjang Fiskal 2022!

Abang HirataBy Abang Hirata03/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors
memulakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) kenderaan elektrik (EV) pada 1964 dan hanya pada 2009 pengeluar itu mengeluarkan i-MIEV yang mencatatkan sejarah sebagai EV keluaran massa pertama dunia dan turut dijual di pasaran tempatan.

Mitsubishi sekali lagi mencatat sejarah pada 2013 apabila mengeluarkan Mitsubishi Outlander PHEV sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama dunia menggunakan teknologi hibrid plug-in (PHEV).

Mitsubishi i-MIEV
Mitsubishi Outlander PHEV

Pada 2020, satu lagi model menyusul, iaitu Mitsubishi Eclipse Cross PHEV. Keistimewaan PHEV adalah tidak perlu bergantung kepada tenaga atau pengecasan elektrik seperti kenderaan elektrik bateri (BEV) kerana masih menggunakan petrol.

Sistem elektrik PHEV pula membantu pengguna menjimatkan penggunaan bahan api kerana masih boleh dipandu dalam mod elektrik. Walaupun jarak mod elektrik tidak sampai ratusan kilometer, tetapi sudah memadai untuk pemanduan harian seperti menghantar dan mengambil anak dari sekolah atau membeli-belah di kawasan kejiranan.

Usaha Mitsubishi nampaknya berbaloi apabila jualan generasi pertama dan kedua Mitsubishi Outlander PHEV pada tahun fiskal 2022 (April 2022-Mac 2023) mencecah 17,059 unit. Angka itu meletakkan SUV itu sebagai model PHEV terlaris, sekali gus mengulangi kejayaan tahun fiskal 2021.

Mitsubishi Eclipse Cross PHEV (foto atas) pula terjual 4,485 unit dan berada di tangga kedua segmen PHEV. Dengan jualan 21,544 unit, Mitsubishi mendominasi pegangan pasaran PHEV buat tahun kedua berturut-turut.

Mitsubishi eK X EV
Mitsubishi Minicab-MiEV

Bukan sekadar menjual teknologi, kedua-dua model itu menawarkan rekabentuk bergaya dan menarik perhatian.

Secara keseluruhan, sekitar 330,000 unit Outlander PHEV sudah terjual di lebih 60 negara serata dunia. Misi elektrifikasi Mitsubishi diteruskan menerusi pelancaran kei-car (kereta mini) eK Cross EV  pada Jun lalu dan penerusan semula jualan Minicab-MiEV pada November tahun lalu.

BACA >>> Mitsubishi XRT Concept Debut di Bangkok, Bayangan Triton Serba Baharu
BACA >>> SUV Mitsubishi Hibrid Gaya Sport, Outlander Ralliart Style dan Eclipse Cross Ralliart Style

Mitsubishi Outlander PHEV
Mitsubishi Eclipse Cross PHEV
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Eclipse Cross Mitsubishi Eclipse Cross PHEV Mitsubishi Motors Mitsubishi Outlander Mitsubishi Outlander PHEV PHEV Roda4 SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.