Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Mirage (2020) Versi Dynamic Shield Masuk UK, Harga Mula RM56k
Roda4

Mitsubishi Mirage (2020) Versi Dynamic Shield Masuk UK, Harga Mula RM56k

Abang HirataBy Abang Hirata13/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


November tahun lalu kami pernah siarkan berita tentang Mitsubishi Mirage (2020) yang dilancarkan di Thailand.

Mirage (2020) ialah model sama seperti sebelumnya kecuali perubahan besar pada bahagian depan dan belakang yang membawa imej Dynamic Shield. Keputusan Mitsubishi untuk melabur semula untuk model yang sudah berada di pasaran sejak 2012 itu agak mengejutkan kerana sudah dihentikan pengeluaran di beberapa pasaran negera, termasuk Malaysia.

BACA >>> Mitsubishi Mirage, Attrage Kini di Thailand dengan Bahasa Rekabentuk Dynamic Shield

Walaupun sudah berusia, keputusan Mitsubishi merombak semula Mirage dilihat tepat dengan hasil menarik. Malah, Mitsubishi mempunyai perancangan jauh dengan menawarkan Mirage (2020) di Britain. Ini tindakan perniagaan yang pantas selepas dilancarkan pada November tahun lalu.

Selain rekabentuk luaran kontemporari, Mitsubishi turut memberi perhatian pada ruang kabin menerusi kemasan baharu pada trimpintu, panel suis dan balutan kerusi. Sistem infotainment turut diperbaharui dengan sistem Paparan Audio Telefon Pintar (SDA) dengan skrin sentuh 6.5 inci.

Sistem SDA menawarkan konektiviti telefon pintar penuh dengan fungsi panggilan bebas tangan Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto serta navigasi satelit terbina dalam.

BACA >>> Mitsubishi Triton Absolute Tampil Ranggi di Bangkok, Mahu Cabar Ranger Raptor?

Mirage (2020) digerakkan enjin 1.2L MIVEC berkuasa 80hp @ 6,000rpm dan tork 106Nm @ 4,000rpm. Pecutan 0-100kmj mengambil masa 12.6 saat dan 13.5 saat, mengikut jenis transmisi. Enjin kecil tidak bermakna tidak berprestasi. Mirage manual misalnya, menawarkan kelajuan maksimum 180 kmj, manakala Mirage dengan transmisii CVT mampu memecut 173kmj.

Satu kelebihan Mirage ialah berat 875kg dan 905kg sahaja, boleh dikatakan ringan yang secara tidak langsung mempengaruhi penjimatan bahan api. Enjin 3-silinder ditawarkan dalam dua opsyen transmisi, manual dan CVT untuk varian Design dan First Edition.

BACA >>> Mitsubishi Triton Makin Laris, Jualan Sepanjang 2019 Meningkat

Ada tiga varian untuk dipilih: First Edition, Verve dan Design. Varian First Edition paling istimewa  dengan sistem canggih Pencegahan Kemalangan Berdepan (FCM) yang biasa didapati pada kereta moden. Ia turut dilengkapi lampu utama LED dan lampu siang (DRL), kawalan jelajah dan kerusi dengan fungsi pemanas.

Di Britain, Mirage (2020) dijual pada harga bermula £10,550 (RM56,320) untuk varian asas Verve Petrol MT dan £14,855 (RM79,306), First Edition Petrol AT.

Dengan rekabentuk baharu dan teknologi canggih, menarik juga jika Mitsubishi memperkenalkan semula Mirage ke pasaran Malaysia. Memang sukar menyaingi Perodua dan Proton, tetapi Mirage (2020) ada tarikan tersendiri kerana ia berbeza berbanding model sama lapan tahun dulu.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267k (RM79k)

GALERI
Auto Terkini Britain Dynamc Shield Mitsubishi Mitsubishi Mirage Mitsubishi Mirage (2020) Mitsubishi UK Roda4 UK
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.