Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Malaysia Buka Pusat 3S Pertama di Nilai
Auto Terkini

Mitsubishi Malaysia Buka Pusat 3S Pertama di Nilai

FikriBy Fikri11/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar sah, Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd membuka Pusat 3S Mitsubishi Motors (Jualan, Servis dan Alat Ganti) pertama di Nilai.

Perkembangan terbaharu itu meningkatkan rangkaian pengedar MMM kepada 59 outlet seluruh negara.

Berlokasi di Lot 27447, Jalan BBN 5/1a, Bandar Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Pusat 3S itu terletak di sepanjang jalan utama Persiaran Korporate.

Dengan keluasan 6,400 kaki persegi, Pusat 3S tersebut membawa identiti MMM dengan mesej Drive Your Ambition.

Selain ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WiFi dan sudut kanak-kanak, outlet itu dilengkapi pusat servis serba lengkap dengan tiga ruang servis tersedia untuk melayani kereta Mitsubishi yang mahu disenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata, selaras rancangan perniagaan, MMM berusaha secara progresif ke arah memperkenalkan model baharu di Malaysia, dan memajukan pengembangan rangkaian pengedar.

Melalui langkah strategik itu juga MMM mensasarkan meliputi lokasi yang belum diterokai selain melanjutkan jualan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ban Lee Heng Motor sudah berada dalam perniagaan automotif sejak 1976, dan sangat berpengalaman dalam industri.

“Kami mengalu-alukan mereka bersama keluarga dan kami yakin bilik pameran baharu itu akan meningkatkan kehadiran Mitsubishi Motors di Nilai untuk memberikan pengalaman pemilikan menyenangkan dan luar jangkaan.

Maklumat lanjut Ban Lee Heng Motor Nilai boleh layari laman Facebook dan Instagram, atau akaun TikTok ‘Mitsubishi Motors Nilai.’

Auto Terkini Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd bilik pameran Mitsubishi Malaysia MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Showroom Pusat 3S
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.