Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Mitsubishi Lancer CB8A Tak Gentar
Bikin Auto

Mitsubishi Lancer CB8A Tak Gentar

Abang GYLBy Abang GYL08/03/20161 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Lancer CB8ARUANGAN Bikin Kereta kali ini menampilkan Mitsubishi Lancer CB8A, jentera modifikasi yang digeruni ramai dek kehebatannya yang hebat daripada biasa.

Biarpun jentera ini bukanlah model pilihan ramai tetapi ia masih memiliki nilai dan pakej yang bagus untuk dikongsi. Jadi apa yang menggerunkan jentera ini? Kami akan huraikan satu persatu untuk tatapan anda.

Modifikasi Mitsubishi Lancer CB8A_Pandulajudotcomdotmy (11)MODIFIKASI ENJIN:

Dari jauh, jentera ini tampak sama seperti Proton Wira yang sentiasa menjadi kegilaan ramai untuk dijadikan mangsa ‘salinan’ EVO.

Hakikatnya ia adalah model original keluaran dari Jepun. Watak utama Mitsubishi Lancer CB8A sudah semestinya pada ruangan enjin yang telah diberikan nafas baru. Nadi utama jentera ini dikuasakan unit enjin dari siri Lancer Evolution dengan kod pengenalan 4G63T.

Mitsubishi Lancer CB8ALebih menarik, enjin ini dipertingkatkan lagi kapasitinya kepada 2.2L dengan menggabungkan stroker kit beserta unit piston Toyota 1JZ bersaiz 86mm dan Conrod Brian Crower I-Beam.

Bagi memastikan jentera ini memiliki tujahan kuasa yang maksimum, unit turbo asal diganti kepada Turbo Garret GT35. Unit penyejukan udara pula menempatkan intercooler dari Nissan Skyline R32 lengkap beserta paip stainless steel dengan tenggekan pelepas tekanan Blow Off jenama Apexi twin chamber.

Mitsubishi Lancer CB8A    Mitsubishi Lancer CB8A    Modifikasi Mitsubishi Lancer CB8A_Pandulajudotcomdotmy (3)    Modifikasi Mitsubishi Lancer CB8A_Pandulajudotcomdotmy (2)

Bahagian kepala silinder enjin turut dirombak menerusi proses kejuruteraan ‘Port N Polish’ bagi memastikan aliran udara masuk dan gas keluar lancar. Tidak cukup dengan itu, komponen tersebut dinaiktaraf dengan menempatkan aci sesondol berdurasi tinggi 272° jenama HKS.

Aliran bahan api turut diberikan perhatian dengan sokongan Surge Tank Custom dengan pam dalaman dari Walbro berkapasiti 255lph. Pam luaran sebanyak dua unit dari Bosch 044 terus menuju ke ruangan enjin menerusi bantuan larasan penstabil dari Sard Fuel Regulator.

Sistem nyalaan enjin pula dinaiktaraf dengan penempatan Coil On Plug Race-Tech (Limited Edition). Untuk memastikan kelancaran enjin, kotak gear transmisi manual 5-kalajuan 4WD sepenuh masa dibantu unit LSD jenama Kaaz 2 way dipertingkatkan. Operasi keseluruhan enjin pula dikawal dengan pemetaan yang ditala mengikut kemampuannya menerusi kotak komputer Microtech LT10s bersama X4 Ignitier.

Mitsubishi Lancer CB8A    Mitsubishi Lancer CB8A

Selain itu, proses naiktaraf tidak hanya tertumpu pada bahagian enjin, sebaliknya bahagian lain turut mendapat perhatian. Bahagian brek misalnya menempatkan unit caliper Brembo dari EVO6 serta diperkukuhkan lagi dengan pemakaian Race-Tech Brake Stopper.

Sistem suspensi pula dinaiktaraf dengan menempatkan suspensi boleh laras sepenuhnya dari jenama Titan. Untuk tampak lebih garang, empunya jentera memilih set rim OEM Lancer Evolution 9 yang dibaluti dengan tayar berprestasi dari jenama Toyo R888 235/45/17.

Macam mana, puas hati tak dengan modifikasi ini?

FOTO Kenny Yeoh@eosguy

SPESIFIKASI:

Mitsubishi Lancer CB8A

MODIFIKASI ENJIN 4G63T, , Stroker kits 2.2L, Piston Toyota 1JZ 86mm, Conrod Brian Crower I-Beam, Coil On Plug Race-Tech (Limited Edition), Turbo Garret GT35, Blow Off Apexi twin chamber, Wastegate Tial 44 mm, Injector Racetronic 1050cc, Fuel Regulator Sard, Oil Catch Tank custom, Intercooler Nissan Skyline R32, Radiator Aluminium AVS, Camshaft HKS 272 degree, Fuel Pump Internal Walbro 255 lph & External 2 unit Bosch 044, Surge Tank Custom, AEM Methanol kits, Race-Tech Cooling Plate (chrome edition), Stainless Steel Piping, Muffler HKS Silent Hi Power
TRANSMISI Manual 4WD sepenuh masa dengan LSD Kaaz 2 way / full lock, Race-Tech smooth shifter, Race-Tech solid shifter worx, Race-Tech Clutch Reinforced Plate, Competition Clutch Twin Plate
ECU & ELEKTRONIK Microtech LT 10s, Microtech X4, Boost Controller Greddy Profec B spec II
BREK Brembo Evo 6 (depan & belakang) advance liquid gold chrome coated, Race-Tech Brake Stopper
SUSPENSI Penyerap hentak boleh laras Titan, J’s Speed Fender Bar, Room Bar, Cusco Rear Bar, Race-Tech Chasis Alignment Kit (depan dan belakang), Roll-cage Advance liquid concept magnesium blue coated
RODA Tayar Toyo R888 235/45/17, Rim OEM Lancer Evolution 9 advance liquid concept magnesium blue coated
DALAMAN Meter Defi Amber Red (Turbo, Fuel Press, Oil Press, Water Temperature, Oil Temperature), Meter HKS Exhaust temperature, Meter AEM Air fuel ratio, Turbo timer ARK, Stereng Momo 2 spokes, Seat Recaro Lancer Evolution 7, Aluminium front carpet, ARP Map holder
LUARAN Bodykit concept Full blast, Bumper depan Kansai, Fender Full blast CF, Pintu Asal berserta Advance Liquid concept Carbon wrapped, Cermin pandang sisi Ganador, Bonet depan CF
BENGKEL Enjin, Modifikasi dan Penalaan G-Rotorworks – Taman Universiti JB, Piping & Ekzos Ben Soon Exhaust – Masai JB,Tayar & Suspensi Top Grip – Pasir Gudang, Salutan & Carbon Fiber Advance Liquid Concept
PEMILIK Kerul Roy

Mitsubishi Lancer CB8A
Mitsubishi Lancer CB8A
Mitsubishi Lancer CB8A
Mitsubishi Lancer CB8A
Mitsubishi Lancer CB8A
Mitsubishi Lancer CB8A
Lancer Evolution Mitsubishi Mitsubishi Lancer CB8A Modifikasi Proton Wira Tuner
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Mugen untuk Honda Prelude!

29/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.