Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Dedah Foto Rasmi MPV Baharu, Nama ‘Expander’ Belum Sahih
Roda4

Mitsubishi Dedah Foto Rasmi MPV Baharu, Nama ‘Expander’ Belum Sahih

Han OthmanBy Han Othman24/07/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS kecoh dengan penyebaran foto kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu Mitsubishi, Expander (2017), pengeluar automotif dari Jepun itu hari ini mendedahkan foto rasmi model tersebut yang dijadualkan melakukan debut antarabangsa sempena Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO 2017 bermula 10 -20 Ogos ini.

Walaupun umum mengenali MPV itu sebagai Mitsubishi Expander, tetapi nama rasmi sebenar belum pun didedahkan, sebaliknya akan diumumkan ketika  dirasmikan kelak. Apakah masih nama sama ataupun akan berubah? Jadi, buat masa sekarang, Mitsubishi lebih selesa menggelarkan MPV tersebut dengan julukan ‘MPV Generasi Seterusnya’ atau Mitsubishi Next-Generation MPV.

Khabarnya, model serba baharu  ini bakal tampil dengan gabungan kelasakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan keluasan kabin sebuah MPV. Rekabentuk agresif dikatakan mengambil ilham konsep dan bahasa rekabentuk sama yang diterapkan pada model-model baharu Mitsubishi sedia ada.

Dari pandangan hadapan, lampu utama jenis halogen diposisikan pada sudut sisi bampar yang nyata berbeza dengan pesaingnya, manakala kedudukan tipikal lampu depan diubah menjadi lampu siang (DRL) LED.

RUANG PENUMPANG SELESA SETIAP BARIS

Rekaan kabin mampu memuatkan tujuh penumpang, termasuk pemandu dengan tiga barisan tempat duduk. Tiada perincian diumumkan mengenai ruang dalaman selain memaklumkan saiz ruang tempat duduk yang luas di setiap baris penumpang.  Penampilan dalaman lain yang ketara ialah papan pemuka dua-tona, sistem infotainment di konsol tengah dan butang kawalan jenis putar untuk tetapan penyaman udara.

MPV baharu ini bakal dikuasakan enjin baharu, 1.5L petrol yang dipadankan dengan transmisi manual dan automatik. Pemasangan pula akan dibuat di kilang baharu Mitsubishi dekat Bekasi dalam wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Apa pendapat anda tentang MPV baharu Mitsubishi ini? Menarik?

GALERI

foto Mitsubishi Expander (2017) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi Mitsubishi Expander (2017) MPV MPV baharu Mitsubishi 2017
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

24/03/2026
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

24/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
Trak dan Lori

Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

By Shazwan Hisam18/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.