Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan
Auto Terkini

MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan

AryonBy Aryon01/01/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMBINAAN lebih banyak laluan khas motosikal termasuk di jalan sedia ada mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal negara ini.

Pengarah Penyelidikan dan Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan Persekitaran, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan berkata, kemudahan itu boleh dilaksanakan dengan menurap bahu jalan sedia ada.

“MIROS berpandangan pembinaan lorong motosikal tidak eksklusif ini dapat mengurangan kadar kemalangan, membabitkan kenderaan dua roda, di negara ini.

“Pelaksanaan cadangan secara strategik ke atas sistem jalan raya sedia ada ini tidak mustahil dilakukan, jika mempunyai bajet mencukupi,” katanya dalam temu bual khas, ‘Motosikal: Sumber Kemalangan Maut’, di Bernama Radio di Kuala Lumpur.

Dr Muhammad Marizwan

Berdasarkan statistik 2018, purata 18 kematian sehari direkodkan di seluruh negara yang kebanyakan melibatkan penunggang motosikal.

Muhammad Marizwan berkata, cadangan pembinaan laluan khas motosikal itu juga bergantung kepada jumlah pengguna motosikal atau kadar kekerapan kemalangan di sesuatu kawasan, sebelum laluan tersebut perlu diwujudkan.

BACA >>> Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?

SETUJU HADKAN HALAJU MOTOSIKAL KECIL

Mengenai cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil kepada 70kmj, beliau berkata pelaksanaan itu perlu dilaksanakan, selari dengan pembinaan laluan khas motosikal itu. Ini kerana pembinaan laluan khas motosikal itu dapat membantu pihak berkuasa memantau undang-undang had laju.

Terdahulu, kumpulan prokeselamatan jalan raya, The Safety First Group menggesa Kerajaan menguatkuasakan had laju 70kmj untuk kapcai dan membina laluan khas motosikal untuk mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan tersebut.

BACA >>> 3 Sebab Kenapa Tunggang Kapcai di Lorong Kiri, dan Had Laju 70kmj Tidak Praktikal?

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Laluan Khas Motosikal Lebuh Raya MIROS The Safety First Group
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.