Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MINI Malaysia Lancar Tiga Model: 3-Door, 5-Door dan Convertible, Bulanan Serendah RM2.8k
Auto Terkini

MINI Malaysia Lancar Tiga Model: 3-Door, 5-Door dan Convertible, Bulanan Serendah RM2.8k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malaysia baru saja melancarkan tiga model ikon baharu, MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible yang menerima penambahbaikan ciri termaju dengan naik taraf kemasan warna lebih sporty.

Ketiga-tiga model MINI (2021) itu meneruskan legasi gaya pemanduan ala go-kart klasik, dan pada masa sama memenuhi jangkaan keperluan pemandu masa kini tanpa menjejaskan status premium dimiliki.

BACA >>> #PanduUji: Sebuah Kisah Sentimental Tentang MINI Cooper S Clubman

Berikut perincian MINI (2021) versi pasaran Malaysia:

MINI Cooper S 5 Door
MINI Cooper S Conventible
MINI Cooper S 3 Door

HARGA

  • MINI Cooper S 3-Door – RM253,318.69
  • MINI Cooper S 5-Door – RM261,005.83
  • MINI Cooper S Convertible – RM274,360.46

* Harga atas jalan dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan, serta tanpa insurans.

WARNA

  • MINI 3-Door dan MINI 5-Door menawarkan lima pilihan warna: White Silver (perak), Island Blue (biru), Chili Red (merah), British Racing Green (hijau) dan Rooftop Grey (kelabu), dengan tona bumbung Jet Black (hitam) dan strip bonet Black Bonnet (hitam).
  • MINI Convertible pula ditawarkan dalam lima warna eksklusif: Zesty Yellow (kuning), White Silver (perak), Island Blue (biru), Chili Red (merah) dan British Racing Green (hijau) dengan bumbung konvertibel MINI Yours Softtop.

BACA >>> Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?

TRENKUASA

  • Dijana enjin 4-silinder 2.0L MINI TwinPower Turbo dengan sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan berkuasa 192hp dan  280Nm.
  • Kelajuan maksimum MINI 3-Door dan MINI 5-Door ialah 235kmj, manakala MINI Convertible, 230kmj.
  • Pecutan 0-100kmj MINI 3-Door ialah 6.7 saat, MINI 5-Door (6.8 saat), dan MINI Convertible (7.1 saat)
  • Penjimatan bahan api sama untuk semua model berbumbung, iaitu 6 liter per 100km, sebalik model konvertibel memerlukan 6.3 liter per 100km.

REKABENTUK

  • Menampilkan rekabentuk baharu lebih segar pada bahagian depan, sisi dan belakang.
  • Rekaan stereng lebih kemas dengan jalur horizontal dan rim aloi ringan, opsyen warna menarik dan kemasan kabin.
  • Gril depan heksagon tunggal diluaskan hingga bampar bawah. Bar keselamatan disorok di sebalik panel badan.
  • Semua model dipasangkan bampar baharu dengan lampu kabus dan lampu utama LED berserta lingkaran dalaman hitam berkilat.
  • Beberapa bahagian kereta mendapat kemasan Piano Black (hitam), iaitu hendal pintu, muncung ekzos, logo MINI, lencana model dan penutup tangki petrol.
  • Lampu signal belok jenis LED dan rekaan bampar belakang menjadikannya kelihatan lebih lebar. Tambahan lain ialah lampu kabus belakang LED.

  • Konsol tengah papan pemuka dipasangkan unit infotainment  8.8 inci generasi baharu dengan latar Piano Black dan dilengkapkan sistem navigasi dan konektiviti Apple CarPlay.
  • Kluster instrumen digital 5.0 inci baharu dengan latar hitam memaparkan pelbagai maklumat pemanduan berserta tetapan paparan boleh ubah dan dua skema warna Lounge dan Sport. 
  • MINI Ambient Light menawarkan enam warna pilihan.

TEKNOLOGI

  • Semua model mendapat teknologi bantuan pemanduan Driving Assistant sebagai ciri standard, terdiri daripada Bantuan Suluh Tinggi (HBA) digital, maklumat had kelajuan, fungsi brek bandar, bantuan meletakkan kenderaan Parking Assistant dan Amaran Tukar Lorong (LDW).

TEMPAHAN

  • Bayaran tempahan RM1,000 perlu dibuat secara atas talian menerusi platform MINI eShop

PEMBIAYAAN MINI 

Bayaran bulanan melalui pakej MINI Balloon Financing bermula serendah:

  • MINI 3-Door – RM2,808/sebulan
  • MINI 5-Door – RM2,898/sebulan
  • MINI Convertible – RM3,048/sebulan

** Harga berdasarkan pinjaman pembiayaan 80 peratus bagi tempoh lima tahun.

BACA >>> Lamborghini Huracan EVO RWD Spyder Versi Konvertibel Lancar Secara AR
BACA >>> Porsche Hasilkan Kotak Bumbung yang Mampu Redah Kelajuan 200kmj!

MINI 3-DOOR
MINI 5-DOOR
MINI Cooper S 5 Door
MINI CONVERTIBLE
MINI 3 Door MINI 5 DOOR MINI Convertible 2021 Mini Cooper S MINI Cooper S (2021) Mini Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.