JENAMA MINI meraikan legasi John Cooper Works (JCW) menerusi pelancaran tiga model baharu: MINI JCW, MINI JCW Electric dan MINI Aceman JCW Electric, manakala MINI Cooper Convertible baharu melengkapkan barisan dengan model bumbung terbuka, seiring semangat 'Always Open'.MINI JCW
Harga dan Pakej Waranti
Semua harga termasuk SST (atas jalan (OTR) tanpa insurans), dan anda juga boleh memilih pakej waranti dan servis lanjutan seperti berikut:
- MINI JCW - RM318,888/RM12,100 (tambahan pakej waranti dan servis lanjutan)
- MINI JCW E (elektrik) - RM218,888/RM6,300 (tambahan pakej waranti dan servis lanjutan)
- MINI JCW Aceman E (elektrik) - RM233,888/RM7,300 (tambahan pakej waranti dan servis lanjutan)
- MINI Cooper Convertible - RM318,888/RM10,400 (tambahan pakej waranti dan servis lanjutan)
Perincian Setiap Model
1. MINI JCW
Enjin dan Prestasi
- Enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo
- Output kuasa 231hp @ 6,000rpm, dan tork 380Nm @ 1,750–4,500rpm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6.1 saat
- Kelajuan maksimum 250kmj
- Transmisi automatik 7-kelajuan
- Pacuan roda depan (FWD)
Ciri Utama
- Suspensi adaptif eksklusif
- Trim Chili Red dengan rim JCW Lap Spoke 18 inci
- Stereng dan kerusi sport JCW
- Sistem audio Harman Kardon
- Penjimatan bahan api 6.8-6.5 liter per 100km
2. MINI JCW Electric
Motor dan Jarak Pemanduan
- Output kuasa 258hp, dan tork 350Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat
- Kelajuan maksimum 200kmj
- Jarak pemanduan 371km (mengikut ujian WLTP)
- Bateri 54.2kWh (pengecas pantas (DC) 95kW dengan 10-80 peratus mengambil masa 30 minit)
Ciri Utama
- Rim JCW 18 inci dan grafik cahaya ambien
- Paparan definici tinggi (HD) OLED + Mod JCW
- Sistem audio Harman Kardon
- Penggunaan tenaga: 15.6-15.3kWh per 100km
3. MINI Aceman JCW Electric
Motor dan Jarak Pemanduan
- Output kuasa 258hp, dan tork 350Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6.4 saat
- Kelajuan maksimum 200kmj
- Jarak pemanduan 355km (mengikut ujian WLTP)
- Bateri 54.2kWh (pengecasan DC 95kW)
Ciri Utama
- Rim JCW 19 inci dwi-tona dan rel bumbung unik
- Kerusi aktif elektrik dan grafik ambien JCW
- Sistem audio Harman Kardon
- Penggunaan tenaga 16.4-16.0kWh per 100km
4. MINI Cooper Convertible
Enjin dan Prestasi
- Enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo
- Output kuasa 204hp @ 4,500rpm, dan tork 300Nm @ 1,350–4,500rpm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6.9 saat
- Kelajuan maksimum 237kmj
- Transmisi Steptronic 7-kelajuan
- Pacuan roda depan (FWD)
Ciri Utama
- Bumbung kanvas automatik (buka-tutup 18 saat)
- Paparan OLED 240mm + paparan dongak (HUD)
- Sistem Operasi (OS) MINI 9 + pembantu suara
- Timer 'Always Open' dan sistem audio Harman Kardon dengan 12 pembesar suara
- Penjimatan bahan api 6.6-6.5 liter per 100km
Leave a Reply