Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68!
Auto Terkini

MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68!

SyafieBy Syafie26/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MG Motor Malaysia mengesahkan roadster elektrik pertamanya, MG Cyberster akan menyertai Perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

Penyertaan ini adalah sebahagian daripada kontinjen kenderaan elektrik (EV) yang diketuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

MG Cyberster – Satu-Satunya Roadster EV Dalam Kontinjen MITI

Sebagai satu-satunya roadster elektrik sepenuhnya dalam kontinjen perarakan, kehadiran MG Cyberster membawa mesej kuat mengenai transformasi mobiliti negara ke arah elektrifikasi dan kelestarian.

  • Dihiasi pelekat rasmi MITI, Cyberster akan berarak bersama pelbagai jenama EV lain sebagai simbol sokongan terhadap agenda mobiliti hijau kerajaan.
  • Menyerlah dengan rekabentuk roadster ikonik yang diinspirasikan DNA kereta sport British, dipadankan dengan teknologi elektrifikasi moden.

Detik Bersejarah – Penampilan Awam Pertama MG Cyberster

Perarakan ini menandakan penampilan sulung MG Cyberster di Malaysia, sekaligus menjadikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 lebih istimewa buat peminat automotif.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata;

Penyertaan MG dalam Perarakan Hari Kebangsaan bukan sahaja membanggakan buat kami, malah turut mencerminkan komitmen kami menyokong aspirasi Malaysia dalam mempercepatkan penerimaan EV. Dengan warisan British yang kukuh dan hala tuju baharu berasaskan elektrifikasi, MG Cyberster menjadi lambang inovasi dan kemajuan. Kami berbesar hati untuk memperkenalkannya kepada rakyat Malaysia pada sambutan penuh bersejarah ini.”

Peluang Menyaksikan MG Cyberster Secara Dekat

Orang ramai yang hadir ke Putrajaya pada 31 Ogos berpeluang menyaksikan sendiri MG Cyberster yang memukau ketika berarak dalam kontinjen rasmi.

Ini merupakan pentas pertama Cyberster di Malaysia, selepas model ini dilancarkan secara rasmi ke pasaran.

MG Perkukuh Komitmen Mobiliti Hijau

Penyertaan MG Cyberster dalam Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 membuktikan komitmen MG untuk mendukung agenda elektrifikasi Malaysia.

Dengan gabungan rekabentuk roadster klasik dan teknologi elektrik moden, Cyberster menjadi simbol masa depăn mobiliti yang berprestasi dan mesra alam.

Auto Terkini Hari Kebangsaan ke-68 MG Cyberster MG Motor Malaysia Perarakan Hari Kemerdekaan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.